HEWI PMRAM Rai Program Hari Pengetahuan Dan Silaturrahim

KAHERAH – Kepimpinan HEWI PMRAM telah bersama-sama meraikan program yang di anjurkan oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru iaitu Hari Pengetahuan dan silaturrahim di peringkat Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN).Antaranya ialah BKAN dari negeri Pahang, Kedah, Johor, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan. Antara objektif program tersebut dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa baru tentang suasana bumi Mesir, pengajian Al-Azhar, keselamatan, kesihatan dan mengeratkan ukhuwah di antara mahasiswa baru dan lama.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu telah di isi dengan pelbagai bentuk pengisian, antaranya ialah Gerak Kerja berkumpulan, Tazkirah, Ceramah, Pembentangan dan sebagainya. HEWI PMRAM juga menggunakan kesempatan ini untuk mendekati mahasiswa baru dengan diberi peluang untuk menjadi pengisi di dalam slot yang telah diatur oleh pihak BKAN.Namun begitu, ada segelintir pihak yang datang ke Mesir ini secara persendirian mengambil sikap enteng untuk tidak menyertai agenda yang telah diatur oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru.

Statistik yang dibuat terhadap kedatangan mahasiswa baru ke bumi Mesir menunjukkan bahawa bilangan mahasiswa pengajian perubatan melebihi angka mahasiswa pengajian Islam. Namun begitu pihak kami dapat merasakan bahawa gabungan antara dua golongan mahasiswa ini mampu menghasilkan satu sinergi keintelektualan bagi mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia ke arah menjalani kehidupan Islam yang sebenar.

Semoga kedatangan mahasiswa baru ke bumi Mesir ini dalam pelbagai jurusan bidang pengajian akan membuahkan hasil yang lumayan di peringkat tampuk kepimpinan di Malaysia kelak mengikut acuan Islam. Siiru ’ala barakatillah buat mahasiswa baru dalam mengharungi dunia kemahasiswaan di bumi barakah ini. Kalian mampu untuk menjadi agen perubah masyarakat.

Dari http://www.pmram.org/
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger