PMRAM Menerima Sumbangan Dari Maldives


KAHERAH, 31 Mei : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada sesi pentadbiran 2011 semakin optimis dalam meneruskan usaha mendapatkan syaqah pmram melalui Unit Dana Syaqah.

Penjenamaan semula Unit Dana Syaqah merupakan langkah awal demi memastikan misi yang digariskan berjaya dicapai.

Pada sesi ini juga Unit Dana Syaqah yang diletakkan dibawah Naib Presiden 3 PMRAM berusaha untuk memastikan kepelbagaian sumber dalam mendapatkan sumbangan dana.

Hasil usaha tersebut dapat dilihat apabila Unit Dana Syaqah baru-baru ini telah menerima sumbangan secara langsung daripada seorang warganegara Maldives iaitu Dr. Abdul Hameed Ahmad Maniku, doktor pakar di hospital Indira Gandhi Memorial, Republik Maldives.

Beliau yang juga pernah menuntut di Mesir telah menyumbang kepada Unit Dana Syaqah melalui Western Union Bank sebanyak USD 458.

"Kita akan memastikan penjenamaan semula Unit Dana Syaqah benar-benar memberi satu impak yang besar dan usaha yang lebik realistik" ujar Saudara Syeikh Muhd Mujahid Bin Sikh Nawawi, selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011.

Antara item penjenamaan semula unit dana syaqah ialah:-
1) Cadangan skim yang lebih rendah.
2) Lantikan mas'ul dana syaqah di setiap cawangan.
3) Hebahan nilai kutipan secara berkala
4) Sumbangan daripada individu dan korporat"


“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger