Program yang dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Aliffudin bin Ramlee, selaku Ketua unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPM Mansurah sesi 2010/2011 ini telah dihadiri oleh 18 orang mahasiswi Qiraat tahun satu dan seorang wakil perubatan.
Bertemakan “Menuju Mahasiswa Yang Berintegriti”, program dihangatkan dengan penampilan menarik Ustaz Abdul Kadir bin Omar, mantan Pengerusi DPMM dalam slot diskusi kitab ‘Hatta Ya'lama Asy-Syabab’. Seterusnya, Ustaz Mohd Shahrizan bin Hazime, mantan Presiden PMRAM membentangkan kertas kerja ‘Memahami konsep amal Islami’. Ustaz Syeikh Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden 3 PMRAM, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, membentangkan kertas kerja ‘Jahilyyah zaman moden’, dan Ustaz Muhamad Mujahid bin Mohd Fadzil, membentangkan ‘Kenali musuh-musuh Islam’. Dengan adanya pengisian berperingkat yang telah digariskan oleh PMRAM, bermula daripada Q pertama sehingga kali ini telah membuka pemikiran peserta akan kepentingan melibatkan diri dalam gerak kerja Islam.
Diharapkan dengan berakhirnya Kolokium Ilmuan siri 3 dan 4 ini, para peserta lebih memahami peranan sebagai seorang mahasiswa Islam dalam mendepani cabaran semasa.
"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"
Disediakan oleh,
Nurul Izzah Muda,
Setiausaha,
Kolokium Ilmuan (Q) siri III & IV