MB GABUNGAN MAHASISWI


15 JULAI-Jabatan Muzakarah Berkelompok di bawah Unit Dakwah & Pembangunan Insan telah mengambil inisiatif dengan mengadakan MB gabungan akhawat bagi mereka yang telah selesai menduduki imtihan pada kali ini.

MB gabungan yang bermula pada pukul 9.30 pagi bertempat di Taman Jazirah Al-Ward, Jamaah, telah dihadiri seramai 30 orang mahasiswi yang terdiri daripada pengajian Islam dan perubatan.

Dengan pembawakan santai, JMB telah menjemput 2 panel pengisi iaitu, saudari Nor Zaini binti Abdul Kadir dan saudari Mufidah Hawa binti Embong merupakan pelajar Takhasus Qiraat Tahun 3. Mereka memberi peringatan berkenaan perkahwinan dan mengulas tentang ciri-ciri ‘Ustazah Pilihan’ yang mesti dimiliki oleh mahasiswi Islam.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa rabithah yang diketuai oleh saudari Noor Zailin binti Maat, Naib Pengerusi 1 HEWI DPMM. Slot penutup diakhiri dengan sedikit hidangan jamuan yang telah ditaklifkan kepada setiap yang hadir. Majlis bersurai sekitar jam 11.30 pagi.


‘KESATUAN UKHUWAH MANIFESTASI TARBIYAH’
‘KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH’

Nor Nadiah binti Che Yusof
Unit Dakwah & Pembangunan Insan HEWI
PMRAM cawangan MANSURAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger