Tarikh : 11 Ramadhan 1432 H bersamaan 11 Ogos 2011
Hari : Khamis
Masa : 7:00 pagi - 5:30 petang
Tempat : Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubis Jadid
Kehadiran : 143 orang
Dif Jemputan : Naib Presiden I PMRAM (Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan), Ketua Badan Ekonomi PMRAM, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Naib Pengerusi HEWI III (Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM) dan Ketua Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM
Majlis perasmian dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum (Saudara Syed Muhammad Syamim bin Syed Abdul Aziz), diikuti alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh Saudara Ahmad Sahli Mahzuz bin Ismail. Seterusnya ucapan Pengarah MAT (Saudara Md Nuzul Haqimi bin Ibrahim) dan ucapan Pemangku Pengerusi DPMM (Saudara Muhammad Izzat bin Abdul Hadi).
Pada jam 9.27 pagi, perarakan masuk barisan AJKT dan AJKH ke dalam dewan bagi memulakan sesi pertama Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke-19. Mesyuarat dikendalikan sepenuhnya oleh Pemangku Pengerusi DPMM, dimulai dengan perlantikan 4 orang setiausaha sidang dan 3 orang pengira undi. Seterusnya pembentangan minit mesyuarat dan pengesahan aktiviti tahunan unit-unit DPMM, bermula dengan Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan sehingga Pengerusi DPMM. Pelbagai persoalan dan penjelasan diajukan kepada unit-unit yang terlibat. Setiap yang hadir memberikan respon yang baik dan memberangsangkan. Pembentangan laporan aktiviti semua unit berakhir pada jam 12:12 tengah hari .Seterusnya persidangan berhenti rehat seketika.
MAT pada kali ini telah menerima satu usul untuk dibahaskan iaitu usul bertajuk "Memperkasa Unit Hisbah" daripada saudara Mohd Ihsan bin Md Halid yang telah diperbahaskan pelbagai hujjah dan pencerahan. Walaupun terdapat pro dan kontra bagi usul yang dibawa akhirnya seluruh para perwakilan tidak menerima usul tersebut untuk dibawa bagi sesi 2011/2012 kerana usul tersebut berkait dan berulang dengan usul yang dibawa pada MAT kali ke-18.
Sebelum mesyuarat melabuhkan tirainya, semua Ahli Jawatankuasa DPMM diberi kesempatan dan ruang waktu untuk memberikan ucapan terakhir, diikuti ucapan wakil penasihat DPMM Saudara Mohd Zuhdi bin Yahaya dan juga penutup oleh Badan Pengurus Angkat Mansurah saudara Mohd Faizzudin bin Ghazali. Semoga ukhuwah yang terjalin berterusan hingga kita bertemu di akhirat kelak, amin.
Agenda terakhir yang menutup tirai Mesyuarat Agung Tahunan DPMM pada kali ini ialah penyampaian sijil penghargaan kepada semua wakil unit-unit khas dan ajk di bawah unit-unit DPMM yang melibatkan siswa dan disampaikan oleh Badan Pengurus Angkat Mansurah, Saudara Mohd Faizzudin bin Ghazali dan Saudara Mohd Hafizzul Azri bin Azman . Unit Khas yang terlibat ialah Unit Bait Muslim, Unit Hisbah, AKAR dan SKEMA, Info Mansurah, Jabatan Muzakarah Berkelompok, Nadi Ukkaz dan Unit Penyelarasan Beras. Mesyuarat dapat ditamatkan pada jam 5.30 petang.
Alhamdulillah, dengan berakhirnya mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 19 ini, maka berakhirlah kepimpinan DPMM untuk sesi 2010/2011.Persidangan telah berakhir sekitar jam 5:30 petang.
Pihak kami memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea, tenaga dan wang. Semoga Allah mengganjari kalian.
Harapan kepada semua ahli DPMM supaya kita tetap bersatu hati menjaga kesatuan dan memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang akan datang. Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah.
" KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH "
Disediakan oleh,
Nur Adyana binti Mohamed
Setiausaha Utama
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 19
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2010/2011