Ini bermakna seluruh BKAN dan DPM tidak dibenarkan mengadakan program dan aktiviti di peringkat masing-masing berkuatkuasa hari ini.Demikian ini adalah memberi laluan sepenuhnya kepada seluruh mahasiswa dam mahasiswi untuk memberi tumpuan terhadap pengajian di kuliah masing-masing.
"Pihak PMRAM telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan sebagai tarikh tawakkuf program bagi memastikan mahasiswa dan mahasiswi dapat focus terhadap pembelajaran sekaligus mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan datang yang dijadualkan awal januari depan"Ujar saudara Abdul Aziz bin Ali selaku timbalan presiden merangkap ketua lajnah perancang dan panitia PMRAM.
Justeru pihak PMRAM mengharapkan kepada ahli PMRAM khususnya dan seluruh mahasiswa/wi amnya supaya dapat menggunakan tempoh ini sebaik mungkin dalam memastikan persiapan dan persediaan rapi dilakukan sebelum menempuhi peperiksaan fasa pertama kelak.
Harapan kita agar suptopik "Kecemerlangan akademik sebagai senjata utama" yang menjadi ucapan dasar presiden PMRAM 2011 dapat direalisasikan diseluruh peringkat sam aada pengajian islam mahupun perubatan.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH