KAHERAH, 10 Nov - Salah seorang mahasiswa perubatan PMRAM cawangan Kedah yang mengalami kecederaan pada bahagian jari ketika membantu melapah daging korban pada hari raya pertama telah diziarahi oleh wakil Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) baru-baru ini.
PMRAM yang diwakili oleh Timbalan Setiausaha Agung PMRAM 2011, saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi, telah berkesempatan menziarahi beliau bertempat di rumahnya di Haiyyu Sabiq sekitar pukul 9.00 malam.
Menurut saudara Mohammad Aizad bin Omar , yang juga merupakan salah seorang AJKT PMRAM Cawangan Kedah, akibat kecederaan yang dialami oleh beliau ,beliau telah menerima sebanyak lima jahitan di bahagian jari yang cedera tersebut.
Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi Selaku wakil PMRAM yang hadir mengucapkan takziah kepada saudara Mohamad Aizad sejurus sebelum mengakhiri pertemuan tersebut kira-kira pada pukul 10.00 malam.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH