KAHERAH,17 nov -Dalam memastikan kecemerlangan akademik ahli PMRAM terjamin,pihak PMRAM melalui badan kebajikan dan komunikasi bahasa PMRAM telah merencanakan untuk mengadakan kelas tutorial berpusat.
Perlaksanaan kelas tutorial ini adalah inisiatif PMRAM untuk membantu mahasiswa tahun 1 dan 2 agar lebih mudah memahami pelajaran kerana masih dalam peringkat permulaan menguasai pelajaran.
Kelas yang telah bermula semenjak 15 november hingga 20 disember ini telah mendapat kerjasama dari unit pendidikan PMRAM peringkat cawangan.
2 zon tutorial diwujudkan di Hayyu Sabiek dan Hayyu Asyir bagi memudahkan ahli mengikuti kelas tutorial tersebut.
Kelas tutorial ini juga bertepatan dengan Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2011 di bawah suptopik"Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama"
"Kelas tutorial yang disusun ini diharapkan agar dapat membantu ahli membuat persiapan yang jitu seterusnya menempa kejayaan yang gemilang"Ujar Ketua Badan Kebajikan dan KomunikasiBahasa PMRAM,Saudara Ahmad Daniel b.Mohmad Hassan.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH