Istimewa Buatmu Sahabat


Sahabat,

Andai kau ketahui persahabatan Rasulullah

Kau pasti menghampiriku

Andai kau ketahui perjuangan Rasulullah

Kau pasti berjuang bersamaku

Andai kau ketahui pengorbanan Rasulullah

Kau pasti terus berkorban

Jiwa raga dan apa sahaja

Demi agama tercinta bersatu denganku


Sahabat ketahuilah olehmu

Persahabatan, perjuangan dan pengorbanan Rasulullah

Semata-mata kerana Alllah

Jua semata-mata kerana

Agama, bangsa dan umat ini

Ketahuilah olehmu penderitaan

Kesengsaraan dan kepahitan Rasulullah silih berganti

Untuk menegakkan agama ini

Ketahuilah olehmu kesabaran

Kesyukuran dan ketenangan Rasulullah

Memadamlan api penderitaan kesengsaraan dan kepahitan

Lalu wujud dunia Islam yang unggul

Padu lagi disegani

Walau sebesar mana sekalipun persahabatan kita

Tak akan sama dengan persahabatn Rasulullah


Marilah sahabatku…

Kita bina semula tugu persahabatan

Kita ikat semula tiang-tiang perjuangan

Kita tabur semula butir-butir pengorbanan

Tiada jalan mudah sahabatku

Tiada yang lebih indah sahabatku

Tiada yang membahagiakan sahabatku

Melainkan mengikat tali persahabatan demi keranaNya


Terbitan semula oleh : UPP DPMM 2011/2012


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger