DPM MANSURAH 17 Disember 2011 – Berbaki hanya sebulan sahaja lagi seluruh mahasiswa mahasisiwi di Universiti Al-Azhar akan menduduki Imtihan fasa pertama pada Januari nanti. Sehubungan dengan itu satu inisiatif telah diadakan oleh DPM Mansurah iaitu mengadakan program Motivasi Insan Cemerlang siri ke-2 yang bertujuan memberikan semangat motivasi dan tips-tips yang berguna kepada mahasisiwa/wi mansurah.. Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk mewujudkan insan yang berdisiplin dari sudut ilmu dan bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan berpaksikan Syariat Islam dan memberi pendedahan tentang kepentingan usaha sebagai satu wasilah untuk memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Tema utama program ini ialah “ILMU DIWARISI, ULAMA DITELADANI, ULAMA PEWARIS NABI”
Pada jam 7.30 pagi lagi mahasiswa/wi datang ke Dewan Persada Jazirah Al-Ward(DPJA) untuk mendaftarkan diri dan mereka dibekalkan dengan kertas kerja setiap seorang yang berharga LE 2.00 sahaja. Seterusnya pada jam 8.00 pagi program bermula dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis seterusnya sedikit taklimat dari unit disiplin program dan diteruskan lagi dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh saudara Abdul Hashim iaitu mahasisiwa Qiraat tahun 1. Majlis diteruskan dengan alunan Asmaul-Husna, lagu Rasmi PMRAM dan lagu negaraku. Tepat jam 8.30 pagi majlis diteruskan dengan ucapan dari pengarah program iaitu saudara Mohd Ihsan dan ucapan perasmian oleh saudara Dr Muhammad Izzat Bin Abdul Hadi selaku Timbalan Pengerusi DPM Mansurah.
Apa yang menariknya forum ini ialah kerana setiap ahli panel menerangkan tentang teknik menjawab soalan imtihan dengan betul dan kaedah memahami soalan, disamping itu menekankan apakah perkara-perkara atau bab-bab yang penting yang perlu difahamkan sebaiknya. Setiap panel menghuraikan pembentangan mengikut bidang shukbah kuliyyah mereka masing-masing dan mengikut pengalaman dalam menjawab soalan Imtihan. Mahasiswa dan mahasiswi juga diberikan kesempatan untuk bertanyakan beberapa soalan kepada ahli panel tentang sebarang kemushkilan dan permasaalahan.
Sebelum berakhir forum ini ahli panel memberikan kalam taujihat dan kata-kata semangat kepada peserta. Antara yang menarik yang perlu kita renungkan ialah kata-kata dari saudari Ustazah Syazwana Binti Ismail iaitu “ jadilah kita hamba Allah kepada ilmu dan jangan jadi hamba kepada Imtihan”. Ini penting kerana dalam kita sibuk mengejar peperiksaan janganlah kita terpesong dari niat asal untuk menuntut ilmu dengan sebaiknya dan mengamalkannya. Ustaz Naim juga menyebut bahawa ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t akan membantu kita dalam peperiksaan nanti kerana dengan taqwa itu akan mendapat kemuliaan di sisi Allah. Ahli panel diberikan cenderahati yang disampai oleh pengarah program dan forum berakhir jam 11.15 tengah hari.
Untuk mengisi dan menghiburkan hati mahasiswa yang hadir maka diadakan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid mansurah iaitu kumpulan Usrah al-Wehdah dan mereka memperdengarkan dua buah lagu iaitu kembara ilmu dan Alhamdulillah.
Sebelum majlis berakhir mahasiswa mahasisiwi mansurah telah mendengar kata-kata terakhir dan penutup dari ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan (UPEP) iaitu saudara Ust Usman Al-Amani Bin Azlan. Setelah selesai ucapan penutup maka berakhirlah Motivasi Insan Cemerlang Siri Ke -2 pada kali ini dan maljis ditangguhkan untuk semua solat zohor berjemaah. Setelah selesai solat mahasiswa mahasiswi dihidangkan dengan sedikit makanan yang disediakan oleh unit jamuan dan program berakhir pada jam 1.00 tengah hari..
Disediakan oleh:
Abdul Hashim Bin Ab Aziz
Wartawan Unit Penerangan dan Penerbitan
DPMM
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH