KAHERAH, 5 Dis - Agenda Pendidikan yang menjadi kayu ukur kejayaan mahasiswa pada hari ini diberi perhatian yang cukup serius dari pihak PMRAM.
Kejayaan PMRAM di dalam mengadakan program-program pendidikan bagi membantu mahasiswa Islam Mesir menjadi bukti kesungguhan PMRAM di dalam meningkatkan peluang kejayaan mahasiswa.
Perlaksanaan tutorial PMRAM berpusat yang diselenggara oleh Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 menjadi medan mahasiswa baru untuk menyesuaikan diri dengan sistem pengajian universiti.
Peperiksaan percubaan Imtihan Qobul juga turut diadakan bagi membantu para calon peperiksaan mendapat gambaran awal peperiksaan.
Bagi menghangatkan lagi suasana pembelajaran di bumi Mesir ini, PMRAM akan mengadakan Program Senat Fakulti, Motivasi Kecemerlangan dan Kempen Membaca.
"Sesungguhnya, kejayaan pendidikan Mahasiswa Islam pada hari ini memerlukan kerjasama dari semua pihak sekaligus menghasilkan natijah yang membanggakan" ujar Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011, Saudara Ahmad Daniel B Mohmad Hassan.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH