Pelancaran " Kempen Prihatin Syria " Mendapat Sambutan


KAHERAH, 18 Feb- Sehingga kini, kezaliman yang berlaku di Syria telah memasuki tempoh genap 11 bulan.


Krisis
yang berlaku di Syria seolah-olah tiada noktahnya. Saban hari kita mendengar ribuan nyawa rakyatnya melayang di tangan rejim Bashar Asad. Ia merupakan isu kemanusiaan yang perlu mendapat perhatian dan kecaknaan seluruh umat Islam.

Oleh
hal yang demikian, pihak PMRAM melalui Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan telah mengadakan satu majlis khusus untuk melancarkan Kempen Prihatin Syria di Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabi’e dua hari yang lalu.

Majlis
Kempen Prihatin Syria tersebut diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ahli PMRAM terhadap apa yang telah berlaku di Syria dan juga melancarkan tabung derma Syria.

Majlis
tersebut dimulakan dengan solat hajat oleh ahli PMRAM berserta doa munajat memohon pertolongan Allah ke atas rakyat Syria.

Pada
permulaan majlis pelancaran tersebut, Saudara Abdul Malik Abdul Karim selaku penasihat PMRAM telah memeberikan ucapan penerangan berkenaan dengan isu yang berlaku di Syria sekarang.

Sebelum
ucapan pelancaran Kempen Prihatin Syria dan tabung derma Syria, majlis diserikan dengan deklamasi sajak oleh Saudara Abdul Hadi Jusoh selaku ketua KELAP PMRAM.

Dalam
ucapan pelancaran, Presiden PMRAM, Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman memperingatkan khususnya kepada ahli PMRAM agar mengambil cakna berkenaan isu yang berlaku di Syria sekarang.

Beliau
juga memaklumkan bahawa PMRAM bersama-sama beberapa lagi persatuan mahasiswa Malaysia Antarabangsa yang lain sepakat dalam isu yang berlau di Syria sekarang.
Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran tabung derma Syria yang disempurnakan oleh Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman selaku presiden PMRAM.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger