[KENYATAAN] DPM MANSURAH KESAL TERHADAP TINDAKAN PEGAWAI JOHOR

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana nikmat Iman dan Islam dapat kita bersama-sama berjuang dalam perjuangan menuntut ilmu di muka bumi Mesir yang penuh dengan keberkatan. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang penat berusaha dan berkorban bagi memastikan agama Islam terus gemilang di muka bumi Allah S.W.T.

      Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) yang membawa dasar dan akidah Islam semenjak penubuhannya pada tahun 1930 telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sama ada di peringkat PMRAM pusat mahupun PMRAM cawangan. Setelah berlalunya isu yang menimpa PMRAM cawangan Melaka kini tiba pula isu yang menimpa Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir ( BKPJM ). Apa yang telah menimpa BKPJM, bagi pihak DPM Mansurah memberi sokongan sepenuhnya sama ada dari sudut moral dan sebagainya.
     
      Bagi pihak DPM Mansurah iaitu PMRAM cawangan mansurah berasa bangga dan kagum atas keberanian sahabat-sahabat Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) yang berjaya menganjurkan munajat perdana dan berjaya memberi penjelasan yang jelas kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berada di bumi mesir khususnya dan amnya di seluruh negara.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

      Merujuk kepada kronologi isu berkaitan dengan pegawai BKPJM, bagi pihak DPM Mansurah berasa amat kesal terhadap layanan dan tingkah laku pegawai BKPJM terhadap mahasiswa dan mahasiswi yang melibatkan isu kebajikan pelajar Johor di Mesir. Perbuatan yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa disana ada suatu penindasan yang tidak patut sama sekali dilakukan oleh orang yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan pelajar.

      Pesanan daripada pihak DPM Mansurah agar pihak pegawai dapat bertindak dengan lebih profesional dan menjaga amanah yang telah diberikan. Akhir kata, saya mewakili DPM Mansurah menyeru kepada semua sahabat yang berada di Bumi mesir agar kita sama-sama merapatkan saf dan bersama-sama bersatu untuk kita mempertahankan BKPJM. Moga dengan keberkatan doa yang dipohon, mudah-mudahan Allah membantu kita dalam menegakkan kebenaran.

“MEMARTABAT KEILMUAN MEMBINA KESATUAN”
“BELAJAR DAN BERBAKTI”

MOHAMAD HANIF BIN OSMAN
PEMANGKU PENGERUSI DPM MANSURAH
SESI 2012/2013
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger