Barisan AJKT |
MANSURAH, 4 Ogos 2012 – Mesyuarat Agung Tahunan
(MAT) kali ke-20 telah diadakan di Dewan Persada Jazira al-Ward (DPJA) dengan
jayanya. Seramai hampir seratus orang perwakilan dan pemerhati telah menghadiri
persidangan Mesyuarat Agung ini. MAT kali ini juga telah melakar sejarah
apabila julung-julung kalinya digabungkan MAT AJKT dan AJKH.
Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan
pembukaan oleh pengerusi umum Saudara Mohd Aliffitri dan diikuti alunan ayat-ayat suci
Al-Quran oleh Saudara Muhamad Badrudin bin Ismail. Seterusnya ucapan Pengarah
MAT, Saudara Md Nuzul Haqimi bin Ibrahim kemudian ucapan Pengerusi DPMM Saudara
Muhammad Aliffudin bin Ramlee.
Cenderamata untuk Perasmi |
Pada pukul 8.30 pagi, MAT DPMM dirasmikan oleh Badan
Pengurus Angkat Mansurah Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku Timbalan Presiden PMRAM. Dalam ucapannya beliau mengajak semua ahli bersyukur kerana
diberi peluang menikmati Ramadhan al-Mubarak.
Beliau mengingatkan ahli jangan
sahaja menikmati makan sahur dan juadah berbuka, tapi nikmatilah sekali
kelebihan-kelebihan yang deberikan Allah pada bulan yang istimewa ini, beliau
juga memesan kepada ahli DPMM akan kepentingan MAT sebagai medan pengislahan. Penutup ucapan, beliau menjelaskan cara Nabi kita Muhammad S.A.W bermesyuarat.
Majlis
perasmian disempurnakan dengan bacaan Ummul Kitab dan membuka 'baner' sebagai
gimik perasmian.
Pada jam 9.55 pagi perarakan masuk AJKT dan AJKH
ke dalam dewan bagi memulakan sesi pertama Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali
ke-20.
Barisan AJKH |
Mesyuarat dikendalikan sepenuhnya oleh Pengerusi DPMM.
Mesyuarat dimulakan dengan
perlantikan empat orang setiausaha sidang dan dua orang pengira undi. Seterusnya
pembentangan minit mesyuarat dan pengesahan aktiviti tahunan unit-unit DPMM,
Pengesahan Laporan Aktiviti berjalan dalam dua sesi, pagi dan petang.
Sesi
pertama berlangsung pengesahan aktiviti bagi Unit Kebudayaan, Kesenian dan
Sukan, Sambutan dan Rehlah, dan Perumahan. Pembentangan laporan aktiviti unit
sesi pertama berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Seterusnya persidangan
berheti rehat seketika.
Pada jam 1.00 petang mesyuarat disambung lagi
dengan laporan aktiviti tahunan. Pada sesi kedua bermula dengan pengesahan aktivitu tahunan bagi Unit Penerangan dan Penerbitan sehingga Pengerusi DPMM.
Pelbagai persoalan dan penjelasan diajukan kepada unit-unit yang terlibat. Laporan
Aktiviti Tahunan semua unit berakhir pada jam 2.20 tengah hari.
Sebelum
berakhir mesyuarat sesi tengah hari, Bendahari DPMM membentangkan penyata kewangan
DPMM sesi 2011/2012 alhamdulillah pembentangan kali ini tidak mengambil masa
yang lama untuk disahkan. Sekali lagi mesyuarat berhenti rehat untuk bagi
laluan kepada ahli siding mengerjakan solat Asar.
Pada jam 4.35 petang mesyuarat diteruskan dengan
Pengerusi menjemput Ustaz Ihsan bin Md Halid bagi membentangkan usul tergempar yang
matannya berbunyi:
1. MENUKAR SIMPANAN SELAIN GENIH MESIR KEPADA
DINAR EMAS DAN
MENJUAL KEMBALI DINAR EMAS PADA WAKTU YANG
SESUAI KELAK
Setelah usul ini dibahaskan, akhirnya
usul ini deterima sebagai cadangan untuk dibincangkan oleh AJKT dan AJKH sesi
2012/2013.
Perwakilan Akhowat |
Agenda
seterusnya yang dinanti-nantikan oleh ahli sidang mesyuarat iaitu sesi
muhasabah dan cadangan bagi memperbaiki kekurangan serta memastikan perjalanan
gerak kerja bagi kepimpinan sesi akan datang berjalan dengan lancar. Pihak
kepimpinan menerima semua muhasabah dan cadangan yang dilontarkan dengan hati
terbuka dan berusaha memperbaiki segala kekekurangan yang timbul. majlis
persidangan diteruskan dengan perlantikan juru audit.Juruaudit sesi 2012/2013
yang telah dilantik ialah saudara Abdul Fatah bin Hamzah dan Muhammad
Badruddin bin Ibrahim. Agenda ini berakhir pada jam 5.40 petang.
Sebelum
mesyuarat melabuhkan tirainya, semua Ahli Jawatankuasa DPMM diberi kesempatan
dan ruang waktu untuk memberikan ucapan terakhir, diikuti ucapan wakil
penasihat DPMM.
Sebelum
berakhirnya agenda Mesyuarat Agung Tahunan ini, majlis diteruskan lagi dengan
pembubaran kepimpinan sesi ini dan SPR telah mengumumkan keputusan pilihanraya bagi borang A iaitu borang Pengerusi DPMM.
Saudara Muhammad Fadzli bin Sa'doon diumumkan sebagai Pengerusi sesi
2012/2013. Manakala untuk AJKT dan AJKH semua calon menang tanpa
bertanding.
Seterusnya ucapan penangguhan oleh wakil Pengerusi DPMM sesi
2012/2013.Beliau mengharapkan seluruh ahli DPMM khususnya dapat memberi sepenuh
kepercayaan di samping membantu pimpinan akan datang dalam sama-sama
menggerakkan DPMM yang didokongi secara bersama. Seterusnya simbolik peralihan
kepimpinan disempurnakan oleh mantan Pengerusi dengan mengkalungkan kad nama
kepada wakil pengerusi sesi 2012/2013.
Simbolik Penyerahan Kuasa |
Alhamdulillah,
dengan berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 20 ini, maka
berakhirlah kepimpinan DPMM untuk sesi 2011/2012.Persidangan telah berakhir
sekitar jam 6.40 petang.
Pihak kami memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea, tenaga dan wang. Semoga Allah SWT. merahmati kalian.
Harapan kepada semua ahli DPMM supaya kita tetap bersatu hati menjaga kesatuan dan memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang akan datang. Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah.
Pihak kami memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea, tenaga dan wang. Semoga Allah SWT. merahmati kalian.
Harapan kepada semua ahli DPMM supaya kita tetap bersatu hati menjaga kesatuan dan memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang akan datang. Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah.
“MEMARTABAT
KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
Disediakan
oleh,
Mohammad Nurul Amin bin Abdul Rahman
Setiausaha Utama
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 20
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012
Mohammad Nurul Amin bin Abdul Rahman
Setiausaha Utama
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 20
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012