LAPORAN PROGRAM
IKATAN RINDU MAHABBAH 2012 (IRAMA’12)
Mansurah, Unit Sambutan dan Rehlah
Dewan Pewakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2012/2013 telah menganjurkan program
Ikatan Rindu Mahabbah 2012 (IRAMA’12) bertempat di Dewan Persada Jazirah
al-Ward. Program ini telah diadakan selama dua hari, bermula pada 3 0ktober
2012 dan berakhir pada 4 Oktober 2012 pada jam 12.45 tengahari. Program ini
dianjurkan khusus untuk mahasiswi Qiraat baru dan umumnya terbuka kepada semua
warga DPM Mansurah, bertemakan “semai ukhuwah, jalin mahabbah”. Objektif
program ialah untuk memberi gambaran jelas kepada mahasiswi baru ini tentang
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah, memberi penerangan tentang sistem
pengajian mahasiswi Qiraat baru serta menyemai semangat ukhuwah dalam kalangan
pelajar baru.
Program dirasmikan oleh Ustaz Mohamad Hanif bin
Osman, selaku pemangku pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi
2012/2013. Pada hari pertama, program dihadiri oleh 17 orang mahasiswi Qiraat
baru manakala pada hari kedua seramai14 orang.
Antara pengisian program hari pertama, penerangan
pekeliling keselamatan semasa, taklimat sistem pengajian, slot bait muslim dan
hisbah serta majlis ramah mesra bersama pimpinan DPMM sesi 2012/2013. Pada
petangnya pula, program dimeriahkan lagi dengan jaulah Badan Pengurus dan HEWI
PMRAM 2012.
Pada hari
kedua, program dihangatkan pula dengan forum mahasiswa bertajuk “Quantum
Mahasiswa, Generasi Murabbi” yang disampaikan oleh para panelis yang cukup
hebat dan berpengalaman iaitu Ustaz Abdul Malik dan Nor Shamilah Mohamad seterusnya
dibentangkan dengan kronologi PMRAM, slot bersama Jabatan Muzakarah Berkelompok
dan penerangan kesihatan.
Majlis
diakhiri dengan Anugerah Peserta Terbaik iaitu Siti Nor Azizah bt Mohd Ali. Acara penyampaian
hadiah dan ucapan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustazah Faiznur bt
Mohamad Tarmizi selaku Naib Pengerusi 1 HEWI Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi
Mansurah sesi 2012/2013. Semoga program IRAMA’12,dapat menambahkan pengetahuan
mahasiswi baru tentang DPMM dan PMRAM serta mengukuhkan kefahaman tentang sistem
pengajian Qiraat sekaligus merapatkan ukhuwah antara mahasiswi baru.
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
“Semai Ukhuwah, Jalin Mahabbah”
Disediakan oleh,
Zainab Binti Abu Bakar
Setiausaha Program Ikatan Rindu Mahabbah 2012
(IRAMA’12)
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN