[LAPORAN] PROGRAM FIESTA RIA DPM MANSURAH 2013



Hari pertama(3/2/2013)


Pada 3,4 dan 5 Februari 2013 bersamaan 22, 23 dan 24 Rabi'ul Awal 1434H bertempat di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) telah berlangsungnya program Fiesta Ria DPMM '13 yang dianjurkan oleh Bendahari (Unit Ekonomi) DPMM dan Bendahari HEWI (Unit Ekonomi) DPMM 2012/2013. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa/wi PMRAM dan Perubatan Cawangan Mansurah.


Selari dengan tema yang dibawa "Ekonomi Dijana, Ukhuwwah Terbina", program ini bertujuan untuk memantapkan lagi ekonomi DPMM dan memberi pendedahan tentang PMRAM dan DPMM serta memberi kesedaran tentang isu-isu semasa. Sekaligus untuk mengeratkan lagi tautan mahabbah dan menyemarakkan semaian kasih sayang yang terbina antara mahasiswa/wi di Mesir.


Program untuk hari pertama bermula pada pukul 8.40 pagi dengan talkshow yang bertajuk "Isu Semasa dan Kebangkitan Mahasiswa". Penganjur Fiesta Ria DPMM '13 telah menjemput Al Fadhil Ustaz Ahmad Ulwan Bin Hassim sebagai ahli panel dan dikendalikan oleh pasangan bahagia mutazawwijin iaitu Al Fadhil Ustaz Abdul Hashim dan Ustazah Nik Zulaikha. Setelah tamat program talkshow tersebut, program diteruskan dengan perasmian dan pelancaran Fiesta Ria DPMM '13 oleh Badan Pengurus angkat PMRAM Cawangan Mansurah, Al Fadhil Ustaz Muhammad Syazwan Bin Hamzah selaku Badan Pengurus Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM.


Fiesta Ria DPMM '13 kemudian diteruskan dengan pembukaan kaunter tempahan makanan. Antara gerai yang terdapat di Fiesta Ria DPMM '13 ialah DZ Corner (Nasi Minyak Puyuh), Gerai Desa (Nasi Dagang) dan Gerai Royalti (Nasi Kerabu). Di samping itu, terdapat pameran yang telah disediakan oleh unit-unit PMRAM dan DPMM untuk pengunjung. Contohnya seperti pameran Timbalan Setiausaha Agung DPMM (Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan) yang mempamerkan isu berkenaan Palestin dan menjual baju Palestin dan shawl Syria.


*Bahagian pameran Timbalan Setiausaha Agung DPMM                                            




Hari  ke-2(4/2/2013)

Fiesta Ria DPMM '13 diteruskan pada hari kedua dengan program "Sejenak Bersama Syeikh Usamah Al Mughi". Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini mendapat sambutan hampir 50 mahasiswa/wi. Syeikh Usamah Al Mughi adalah Imam dan Khatib Masjid Jamal Abdul Nasir atau lebih dikenali sebagai Masjid Nasr. Program dimulakan dengan ucapan Syeikh Usamah Al Mugi bertajuk "Peranan Pemuda Memikul Risalah Islam". Respon yang diberikan oleh hadirin amat baik ketika para hadirin mengemukakan permasalahan besar yang berlegar sekitar usia pemuda. Fiesta Ria DPM Mansurah turut mengundang Al Fadhil Ustaz Usman Al Amani Bin Azlan sebagai penterjemah bagi pengisian tersebut.


 * Pengerusi DPM Mansurah menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada Syeikh Usamah Al Mughi.


Selain itu, dua orang Badan Pengurus PMRAM iaitu Al Fadhil Ustaz Abdul Nafi' (BP Komunikasi Bahasa) dan Al Fadhil Ustaz Mohammad Bin Mohamad Zin (BP Sambutan dan Rehlah) turut memeriahkan program dengan mengunjungi Fiesta Ria DPMM '13.

Badan Pengurus melawat sebahagian pameran.





Hari ke-3(5/2/2013)


Fiesta Ria DPMM '13 diteruskan lagi pada hari ketiga dengan kehadiran Medical Check-Up Team Perubatan Cawangan Mansurah. Medical Check-Up Team dari Perubatan Cawangan Mansurah telah menawarkan pemeriksaan:

1) Blood Glucose (Kandungan Gula dalam Darah)
2) Blood Pressure (Tekanan Darah)
3) Blood Type (Jenis Darah)
4) Consultan (Khidmat Nasihat Pakar Kesihatan).

* Medical Check-Up Team dari Perubatan Cawangan Mansurah.

Disamping itu suasana dewan bertambah meriah dengan aktiviti indoor games seperti pertandingan PES 2013, FIFA 2013, catur, dam aji dan congkak.


Pada pukul 5.00 petang usai sudah Fiesta Ria DPMM '13 dengan jayanya. . Bertepatan dengan usul PMRAM memperkasakan hubungan baik antara mahasiwa Pengajian Islam dan Sains Kesihatan dan  bersama menjayakan slogan " KITA PMRAM.  Semoga tautan ukhwwah yang disemai akan berkekalan sehingga hujung nyawa. InsyaAllah. 

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Fiesta Ria DPMM '13 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini dan memohon kemaafan andai ada kekurangan sepanjang program berlangsung.





 MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
                                              
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger