Rahmatnya Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum w.b.t.


Muqaddimah

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t, selawat dan salam buat pengakhir segala nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w beserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya.

Saudaraku seislam, syukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya memberi kita limpahan rahmat kasihnya kepada umat Muhammad s.a.w dengan kehadiran bulan Zulhijjah yang mana di sana mempunyai beberapa keistimewaan yang padanya terdapat beberapa saranan amalan sunat yang di anjurkan oleh syariat islamiah itu sendiri.


Kelebihan 10 Awal Zulhijjah.

Firman Allah s.w.t:

, ( والفجر, وليال عشر) [Al-Fajr 1-2].

Berkata Ibn Kathir: Sesungguhnya ia adalah 10 Zulhijjah [ Tafsir Ibn Kathir].

Bersabda Nabi s.a.w: "Tidaklah ada diantara hari-hari yang dilakukan padanya amalan soleh yang lebih disukai Allah melainkan pada 10 hari zulhijjah ini…."

Berkata sebahagian Ulama': Sepuluh hari Zulhijjah adalah lebih baik daripada hari-hari lain,dan malamnya adalah lebih baik daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan kecuali Lailatul Qadr.


Bagaimana cara kita menerima hari yang baik (Mempunyai kelebihan tersendiri)

Setiap daripada kita mestilah menerimanya dengan memperbanyakan taubat, sedekah, nasihat menasihati, meninggalkan dosa-dosa kerana ia (dosa) penghijab antara manusia dan Tuhanya, dan juga mestilah mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Kita juga mestilah menerimanya dengan azam yang betul dan bersungguh-sunguh dalam merebut (kelebihan-kelebihan yang ada) padanya dengan apa yang diredhoi oleh Allah..


Antara Saranan Amalan-amalan Sunat di Awal Zulhijjah

1)Perbanyakkan amalan orang-orang soleh.

seperti taubat, nasihat-menasihati, membaca al-Quran, infaq harta kepada fakir miskin, membuat perkara ma'ruf dan mencegah perkara mungkar, bersegera di saf yang pertama, perbanyakkan juga solat-solat sunat dan lain-lain.ssadswjfdjw djsj

2)Berpuasa

Pada hari yang 10 ini iaitu 1o hari di awal Zulhijjah.

Berkata Imam Nawawi tentang puasa 9 hari (sebelum 10 zulhijjah) adalah menjadi suatu perkara sunat yang amat-amat di tuntut.

3)Menunaikan Ibadah Haji dan 'Umrah.

Bersabda Baginda s.a.w.
"dan haji yang mabrur (yang di terima) itu tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga"
-sohih muslim-

4)Berzikir dengan sebanyak-banyaknya

Antaranya bertakbir, bertahlil dan bertahmid.

Sabda Nabi s.a.w.
"Perbanyakkan padanya (10 Zulhijjah) dengan tahlil, takbir dan tahmid" -Riwayat ahmad-

Juga di sunatkan untuk bertakbir dengan suara yang di dengari di dalam masjid, rumah, jalan, pasar dan tempat-tempat lain.

Sunat bagi lelaki menguatkan suara ketika bertakbir dan perempuan merendahkan suaranya.

Berkata Imam Bukhori,
"sesungguhnya Ibn Umar dan Abu Hurairah telah keluar ke pasar pada 10 hari Zulhijjah dan mereka bertakbir dan orang di sekitar mereka juga turut bertakbir mengikut mereka".



Hari 'Arafah

Amalan-amalan yang di syariatkan padanya:

1)Berpuasa bagi mereka yang bukan menunaikan haji
Sabda Baginda s.a.w.
"Berpuasa pada hari 'arafah diganjarkan dengan pengampunan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya."

2)Bertakbir samada secara
~ Mutlak = Bertakbir setiap masa dari fajar hari 9 Zulhijjah hingga imam sampai di tempat solat aidil adha pada pagi 10 Zulhijjah.

~ Muqayyad = bertakbir mengikut apa yang di tetapkan iaitu bermula dari subuh 9 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah selepas solat asar.

3)Perbanyakkan Zikir dan Doa serta amalan-amalan Soleh.



'Aidil adha (HAri Raya Korban)

Bersabda Nabi s.a.w.
"Hari yang paling mulia di sisi Allah ialah Hari Raya Korban dan Hari Qarr (ditempatkan) ialah hari selepas raya korban." Di namakan sedemikian kerana manusia yang menunaikan haji pada hari itu di tempatkan di Mina.



Hukum Hakam pada Hari Raya Korban.

1)Diharamkan berpuasa pada hari tersebut dan juga hari tasyrik.

2)Solat Hari Raya.
Sabda Nabi s.a.w.
"Perkara pertama yang dilakukan pada hari ini (Hari Raya Korban) adalah bersolat."

3)Bertakbir, bertasbih dan bertahmid.


4)Memakai pakaian yang baik tanpa berlebihan.


5)Berbeza jalan.

Berbeza jalan ketika mana dia pergi dan pulang dari menunaikan solat.

6)Menyembelih

Menghidangkan makanan kepada manusia.

Semoga Allah s.w.t menerima amalan-amalan baik yang kita lakukan kerananya bagi menjaga kesejahteraan diri dan rohani.

Berkata seorang Hukama':
"Keselamatan jasad itu terletak pada sedikitnya makan, keselamatan jiwa terletak pada sikitnya dosa, dan keselamatan agama terletak pada selawat ke atas Nabi s.a.w."

Moga apa yang tercatat dapat kita lakukan bersama demi mencari redho Allah di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger