Ucapan Hari Raya & Makluman Berkaitan Raya AidilAdha 1428H


klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas dan save


klik pada iklan utk paparan yang lebih jelas

klik pada iklan untuk paparn yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Di kesempatan ini, AJKT/AJKH DPMM mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha 1428H kepada semua pengunjung blog DPMM ini. Mudah-mudahan kita bersama memperolehi keberkatan dan kerahmatan daripada Allah s.w.t. Amin..


Makluman Pertama

Bersempena dengan kehadiran Aidiladha al-mubarak ini, DPMM sekali lagi mengajak sahabat-sahabat mahasiswa DPMM untuk sama-sama menjayakan program yang di anjurkan bermula dari malam raya Aidiladha (Gema Takbir) hingga ke pagi raya (Seri Adha). Sebarang makluman berkaitan Program boleh rujuk pada ruangan iklan di atas.

Makluman Kedua

Untuk Tempat Solat Hari Raya pada hari Rabu 19hb Disember 2007 akan di adakan seperti berikut:
  • Bagi Ikhwah ~ boleh solat di masjid-masjid atau di istad bersama-sama dengan orang arab.
  • Bagi Akhowat ~ Di bawah penyelarasan Unit Dakwah HEWI DPMM telah menetapkan 4 tempat untuk bersolat hari raya. Sila rujuk pada iklan untuk panduan tempat solat.
  • Bagi Mutazauwijin ~ di alu-alukan untuk mengikuti tempat solat yang di sediakan ini. Tempat solat tertakluk pada kawasan penempatan masing-masing yang telah di sediakan. Sila rujuk ruangan iklan di atas.
* Peringatan bersama untuk semua akhowat, semua mahasiswi adalah di larang sama sekali dari mengikuti perjalanan solat Aidiladha bersama orang arab samada di masjid ataupun di istad, di harapkan segala kerjasama yang di tunjukkan dapat memberikan nur harmoni sambutan kita di hari raya Aidiladha kali ini. Unit Hisbah akan memantau segala pergerakan yang melanggar qoror yang di selaraskan ini.

Sekian untuk makluman semua ahli DPMM.


"GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN"

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger