Bengkel AKAR dan Muzakarah Berkelompok

Assalamualaikum w.b.t

Sahabat-sahabat seakidah sekalian, semoga kalian semua berada di dalam naungan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Amin... Buat semua pengunjung blog DPMM di sini terdapat beberapa makluman yang ingin di maklumkan.


klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas


Buat julung-julung kalinya, Akademi Karyawan Mansurah (AKAR) dengan kerjasama Unit Penerbitan dan Penerangan DPMM sesi 07/08 akan menganjurkan kursus penulisan kreatif iaitu bengkel gabungan cerpen dan puisi yang akan dibimbing oleh panel yang tidak asing lagi iaitu:-
  • Saudara Mohd Zaki M.Noor
  • Saudari Sammaituha Najwa
  • Saudara Syafiq Zulakifli
Penyertaan terbuka kepada semua ahli DPMM dan amatlah dialu-alukan. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Ustaz Amir Hamzah Kamil(010-2015936) bagi ikhwah dan Ustazah Nurul Lailati Mahat(010-4622451) bagi akhawat. Mudah-mudahan kita dapat menggunakannya sebagai salah satu medium untuk menyebarkan dakwah, insya-Allah.

" Citra Tinta Penggerak Minda Berwacana "



sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas.


Sebagai makluman kepada anda semua, di bawah anjuran Jabatan Muzakarah Berkelompok dengan kerjasama Unit Dakwah DPMM akan mengadakan satu liqo' umum beserta diskusi kitab oleh penceramah berpengalaman di Dewan Persada Jazirah Al-Ward pada jam9.30 pagi, hari Jumaat bersamaan 22 Feb 2008. Kitab boleh dibeli pada hari pendaftaran seperti mana yang tertera dalam iklan di atas.

Sehubungan dengan itu, semua warga Mansurah dijemput hadir dan meluangkan masa bagi menjayakan program yang akan diadakan.

Sesungguhnya halaqah ilmu adalah sebahagian dari taman-taman syurga.

Diharap segala amalan ikhlas kita dikira di sisi Allah S.W.T. Kerjasama daripada anda sekalian, didahului dengan ucapan terima kasih. Sama-samalah kita raikan.

Sekian, untuk makluman semua ahli DPMM.
Terima kasih.

" Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan "



Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger