LAPORAN MUHASABAH SEPARUH PENGGAL

TARIKH : 27 Rabiul Awal 1429 H bersamaan 3 April 2008
TEMPAT : Dewan Persada Jazirah Al-Ward
MASA : 1.00 hingga 6.15 petang
HARI : Khamis
SASARAN : Semua Mahasiswa/wi Mansurah
KEHADIRAN : SISWA - 48 orang, SISWI - 129 orang


Program yang berlangsung pada tarikh 03 April 2008 bersamaan 27 Rabiul Awal 1429H telah diadakan di Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid, Mansurah. Program ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Agung Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah dengan kerjasama Setiausaha HEWI DPMM bagi sesi 2007/2008. Muhasabah separuh penggal yang telah di adakan merupakan program tahunan bagi DPMM. Dari segi perlaksanaan program tersebut, ia adalah bertujuan bagi memastikan gerak kerja AJKT dan AJKH begi penggal kedua akan lebih baik daripada sebelum ini di samping untuk mengeratkan hubungan silatur rahim yag terjalin di antara ahli DPMM yang berada di bumi Mansurah dengan barisan kepimpinan bagi sesi ini.


Majlis yang berlangsung selama 6 jam itu berjalan dengan jayanya. Keterlibatan ahli yang hadir adalah seramai 48 orang bagi mahasiswa dan 129 orang mahasiswi. Pelbagai lontaran idea, muhasabah dan persoalan dilontarkan di kalangan ahli DPMM menunjukkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan mereka ke atas persatuan yang didokongi bersama.

sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas


Atucara majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu saudara Mohd Norikhsan bin Kamaruzzaman seterusnya ucapan aluan diteruskan oleh saudara Muhammad Amirul bin Hashim dan disusuli dengan ucapan Pengerusi DPMM. Agenda seterusnya diteruskan dengan slot muhasabah dan cadangan. Bagi slot ini ia dipengerusikan oleh saudara Muhammad Amirul bin Hashim selaku Setiausaha Agung DPMM dan bagi slot muhasabah dikendalikan oleh saudara Abd Kadir bin Umar selaku Pengerusi DPMM. Majlis yang berakhir jam 06.15 petang itu telah diakhiri dengan ucapan penggulungan oleh saudara Khairul Anuar bin Abd Razak selaku penasihat DPMM bagi sesi ini. Di dalam ucapannya, beliau menyarankan agar kita sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan agenda-agenda yang telah disusun oleh DPMM bagi menjaga kesatuan yang wujud dan mengeratkan hubu
ngan yang sedia ada sesama mahsiwa/wi di bumi Mansurah ini khususnya.


klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Saudara Ahmad Azruddin bin Mat Ali yang merupakan Timbalan Pengerusi DPMM juga telah bersama-sama menjayakan program ini dengan mengagihkan Borang kaji selidik kepada ahli DPMM bagi mengkaji sejauh mana kepekaan ahli terhadap PMRAM dan DPMM khususnya. Borang kaji selidik ini penting kerana ia memuatkan pandangan ahli terhadap program-program yang harus dilaksanakan bagi sesi akan datang. Diharapkan agar program-program seperti ini akan terus dijalankan di masa akan datang bagi melicinkan lagi gerak kerja pimpinan terutamanya dan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli DPMM.


' JULANG THAQAFAH, BAKTI DICURAH '

Disediakan oleh,

Muhammad Amirul bin Hashim,
Pengarah Program Muhasabah Separuh Penggal,
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2007/2008.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger