Program Telah Dirancang, Hanya Usaha Yang Menentukan.

Assalamualaikum w.b.t

DPJA, Mansurah 12 April 2008 : "MUMTAZ BUKAN MUSTAHIL" itulah antara kata-kata ikrar sebahagian ahli DPMM yang hadir bagi merebut peluang keemasan mengambil serta mengutip mutiara kata yang telah di kongsi bersama pemotivasi undangan yang di datangkan khusus dari sahabat yang telah berjaya di kalangan Mahasiswa Universiti al-Azhar cawangan Mansurah. Program Motivasi Memburu Mumtaz yang dilaksanakan adalah dibawah antur cara Unit Pengetahuan&Pendidikan DPMM. Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan ahli DPMM sepertimana yang penah dilaksanakan pada fasa yang lepas. Apa yang pasti, dengan pelaksanaan program berbentuk memupuk spiritual di kalangan ahli DPMM menuju kecemerlangan sedikit sebanyak telah dapat membantu meningkatkan usaha dalam persiapan diri menjana fizikal dan mental menuju hari imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Tahniah dan sekalung penghargaan kepada setiap unit yang bergerak dalam proses melaksanakan program seperti ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Mudah-mudahan program yang di anjurkan seperti ini akan lebih kerap di laksanakan pada masa akan datang.

Sedar tidak sedar kepimpinan DPMM sesi 2007/08 ini telah berusaha melaksanakan apa yang termampu bagi mereka, maka hasil dari apa yang di rancangkan ini adalah terserah pada tangan-tangan yang menentukan natijah mereka. Berikut adalah antara program motivasi yang pernah dilaksanakan, mudah-mudahan segala tips dari apa yang sempat di tulis ini dapat di kongsi seluruh ahli DPMM umumnya dan khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai kelapangan masa untuk menghadiri ketika program dilaksanakan.

Program Pertama:
Motivasi Menjelang Imtihan
Bertarikh 15 Disember 2007
Bertempat di DPJA, Mansurah
Bersama Pemotivasi Jemputan :
1)al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husin.
2)al-Fadhil Prof Madya Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.




Antara petikan kata Mantan Presiden PMRAM sesi 2007/08
*Kita belajar adalah kerana ianya suatu tuntutan dari Allah dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga atau kerana peperiksaan semata-mata. Ilmu ini adalah suatu yang sangat mulia. Apa yang kita belajar hari ini di samping peratusan kecilnya semata-mata imtihan, suatu yang lebih besar sebenarnya adalah untuk menyumbangkan suatu perkara yang sangat penting kepada kebangkitan masyarakat akan datang. Kerana apa, kerana semakin kita mengkaji ilmu dalam apa jua bidang sekalipun ianya akan membawa kita(manusia) untuk menerima hakikat ketuhanan.

*katanya lagi, seseorang itu perkara yang paling utama bagi dia dalam proses menuntut ilmu adalah kena menguasai minda. Walau hebat dan pandai baca kitab sekalipun tapi tidak mampu menguasai minda, sebenarnya dia masih belum mampu membaca dengan baik dan tidak mampu menjadi seorang yang berjaya. Maksudnya disini, kita perlu letak pada jiwa kita yang kita masih ada masa dan mempunyai ruang untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang bukan mekadar cukup makan atau takut untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.


Antara petikan kata Prof. Madya Dr. Hassan Basri (gambar tiada dalam simpanan)

*Apabila kita cuba nak cari ilmu sesungguhnya kita tidak akan mampu melakukannya melainkan dengan izin dari Allah. Sebagai manusia kita tidak boleh tidak untuk terus berdoa mengharapkan agar terus diberi kekuatan dalam usaha menuntut ilmu.

*kata beliau lagi, kecemerlangan diri itu termaktub dalam tiga cabang iaitu beriman, berilmu dan beramal. Kerana semua yang berkaitan berkait dengan sakhsiah diri seseorang. sesungguhnya kecemerlangan itu tidak hanya untuk di nilai di dunia semata-semata kerana cemerlangnya seseorang itu adalah di nilai cemerlang didunia dan akhirat.
*tambahannya lagi, kita mesti sedar bahawa di universiti ini bukan sekadar untuk belajar semata-mata tetapi di universitilah medan untuk kita membentuk diri menjadi seorang manusia yang berjaya dan bersedia untuk masuk dalam kelompok masyarakat. Kalau hendak menjadi seorang yang cemerlang kita mesti menyediakan semua kelengkapan persediaan ini di sini.


Program Kedua:
Motivasi Memburu Mumtaz (MOMTAZ 08)
Bertarikh 12 April 2008
Bertempat di DPJA, Mansurah.
Bersama Pemotivasi Undangan:
1) al-Fadhil Ustaz Abd Hakim Jurumia (Indonesia)
2) al-Fadhil Ustaz Hafiz Mazlan (Malaysia)




Antara petikan kata Ust Hakim Jurimia (PHD Universiti al-Azhar)

*Kita harus bercita-cita untuk memperolehi tempat yang tertinggi, andai status Mumtaz itu yang tertinggi, tidak boleh tidak kita semestinya berniat untuk memilikinya. Andai tidak kesampaian mungkin yang terbaik untuk kita hanya jaid jiddan. jadi, jangan pula kita berharap sesuatu yang rendah ataupun di bawah, makanya jangan kita berhajat untuk sekadar maqbul atau cukup memperolehi mangkul kerana di takuti andai tidak kesampaian ianya menjadi rosib. Dengan niat kita boleh menilai seutuh mana usaha yang di lakukan.


*Mengikut pengalamannya ketika dalam sesi pembelajaran, jangan kita berpisah dengan kamus, kamus itu perlu berada di sisi disamping kita mengulang kaji pelajaran. Andai ada kalimah-kalimahyang penting atau yang bagus maknanya hendaklah di tulis dalam nota atau catatan peribadi.
*Tambahan lagi, kunci kejayaan itu adalah bertanya, sampai di kuliah duduk di depan. Andai kurang kefahaman akan perbincangan doktor tanya dengan kawan (misri) yang boleh berkongsi kefahaman pada apa yang di bincangkang oleh doktor.

Antara petikan kata Ust Hafiz Mazlan (M.A Universiti al-Azhar)

*Dalam proses menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ingin mendampingi kesucian al-quran, berdoa itu adalah kunci kekuatan. Mohonlah kekuatan pada yang memiliki kekuatan yang lebih mutlak iaitu Tuhan semesta alam. Ada setengah dari mereka lupa akan keperluan berdoa dalam perjuangan menuntut ilmu. Kekadang ada di antaranya merasakan berdoa itu membuang masa semata-mata kerana mengejar kelas atau study group. Sedangkan sebenarnya berdoalah kunci sebenar kejayaan yang ingin di miliki.
*Faktor makanan juga antara yang terpenting dalam proses menghafal al-quran, mana mungkin untuk memiliki daya ingatan yang baik dari sumber kekuatan(makanan) yang kotor. tenaga yang di perlukan oleh manusia adalah bergantung kepada hasil makanan.
*Beradab dengan apa yang ingin di lakukan, adab bukanlah suatu adat tetapi adat itu menantiasa mengaitkan diri dengan beradab. al-quran suatu hidayah dari Allah, dengan izin-Nya maka al-quran itu akan kekal di dalam dada bagi yang menghafal akan setiap dari kalam-kalam-Nya. Adab dalam menghafal al-quran bukan setakat ketika memulakan hafalan semata-mata, malah ianya juga di kira ketika ingin memengang atau membawanya, apatah lagi proses menjaga al-quran itu moga terus kekal dalam sanubari.
*teknik yang betul juga antara sumber utama dalam proses penghafalan, bukan hanya pada masa, cara, doa, kefahaman akan ayat semata-mata. Malah semua ini, di hubungkan lagi dengan dengan satu ikatan iaitu pengorbanan. Tanpa usaha yang gigih, persediaan yang rapi, kekuatan rohani, tidak mudah bagi seseorang itu untuk menghafal kalam-kalamullah.
*Katanya lagi, menghafal ini adalah sesuatu yang berat, mudah bagi yang mula ingin menghafal, dan susah bagi yang dah mula menghafal tapi berusaha untuk kekalkannya dalam ingatan. Ketahuilah bagi mereka yang merasai susah tentunya dia leka ketika mana dia mudah untuk menghafal dahulu. Yang pentingnya di sini adalah pengulangan, jangan sombong, jangan rasa diri tu sudah dalam ketegori yang terbaik tapi nilailah diri tu punyai kelemahan dan terdedah dengan sifat-sifat pelupa. Rahmatnya quran itu, setiap kalam yang di sebut akan di beri 10 ganjaran kebaikan, dan setiap yang mendengar akan-nya turut di beri kelebihan, apatah lagi yang membuka lalu membacanya sambil melihat setiap huruf dari kalimat-kalimat suci dengan nikmat pemberian mata dari tuhan-Nya.
Mudah-mudahan apa yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang kurang itu dari kelemahan diri sendiri. Moga dengan apa yang di sediakan ini, dapat dikongsi bersama dalam membuka semangat kita membawa harapan DPMM yang kita dokongi bersama dalam usaha meningkatkan peratusan akademik setiap ahli pada tahun ini. Sifar rosib target kita. Doa, Usaha dan Tawakkal landasan kita.
Saya dan seluruh AJK MMC memohon maaf atas keterlewatan menyediakan maklumat berkaitan program, audio dan video tidak dapat diuploadkan dengan sempurna ke dalam web blog ini untuk di kongsi bersama, banyak cara telah dilakukan tetapi tidak berhasil, mungkin kerana masalah supporter error yang menyebabkan semua ini tergendala.
"Julang Thaqafah Bakti Dicurah"
Yang Menjalankan Tugas,
Mansoura Multimedia Centre.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger