Janji Mereka Suatu Tuntutan

Assalamualaikum w.bt

DPJA, Mansurah : Hampir 100 orang Mahasiswa Mahasiswi Mansurah yang hadir didalam program Motivasi Memburu Mumtaz (MOMTAZ 08) baru-baru ini mengangkat ikrar berjanji teguh untuk berkerjasama dan bersungguh-sungguh dalam mengejar harapan DPMM sesi 2007/08 agar meningkatkan kembali mutu pendidikan ahli DPMM. Pelbagai strategi samada program berbentuk suntikan semangat, kelas-kelas tafaqquh dan juga kelas-kelas bimbingan akademik telah di laksanakan sepanjang separuh penggal perjalanan DPMM sesi ini. Moga-moga segala apa yang di rancang di peringkat Dewan Perwakilan di bawah kepimpinan Pengerusi DPMM Ust Abd Kadir Omar, samada setiap unit yang bergerak di bawah gerakan kesatuan DPMM menjadi satu kenyataan dengan apa yang di hajatkan. Apa yang diharapkan setiap ahli DPMM perlulah memupuk semangat rasa tanggungjawab ini untuk sama-sama memikul amanah dalam tuntutan menuntut ilmu, bukan saja amanah kepada keluarga malah amanah kepada agama. Ikutilah detik-detik janji ini, moga tempias kesemangatan itu akan sampai juga untuk di serap di hati kita. Apa yang perlu ketika ini, usaha yang gigih, ikhlaskan niat, doa yang kerap dan tawakkal kepada Allah. Nilailah nanti natijah kita dengan usaha, semoga berjaya seluruhnya.



Kami Mahasiswa Mahasiswi Mansurah
Berazam dan berjanji
Akan bersungguh-sungguh belajar
Mencapai kejayaan paling cemerlang
Dari segi akademik dan syakhsiah diri.









Kami berjanji untuk bangkit dari kegagalan
mengorak langkah dengan kejayaan
kami tidak akan membuang waktu begitu sahaja
kami akan menghadiri sesi pengkuliahan, belajar dan berbincang
kami tidak akan melakukan kerja-kerja lagho,
menjauhi ikhtilat tidak syarie dan maksiat.





kami juga, tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh
memecah belahkan kesatuan
kami akan berjuang demi ISLAM
kami buktikan MUMTAZ bukan mustahil
kami tidak akan persiakan amanah ayahbonda di kampung
kami tidak akan mengecewakan masyarakat ditanah air.






Kami tidak BODOH
kami tidak MALAS
kami mahukan kejayaan bukan kegagalan
kami tidak akan putus asa
semoga ALLAH menghitung JANJI kami ini
Ya Allah, Kami mengharapkan keberkatan ilmu dan redho-MU
kurniakanlah kami kejayaan dunia dan akhirat.
Amin....




"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger