PMRAM Serius Isu Kebajikan Ahli


KAHERAH 13 Oktober - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menegaskan bahawa PMRAM merupakan persatuan kebajikan yang bergerak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Sehubungan itu, beliau begitu serius dalam menangani masalah nama mahasiswa-mahasiswi yang tidak tersenarai untuk mengambil Imtihan Qabul pada hari khamis yang lepas.

Katanya lagi, masalah akademik dan pendidikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir merupakan suatu yang dipandang serius oleh pihak PMRAM. Sebab itulah PMRAM berusaha untuk meningkatkan prestasi pengajian mahasiswa Islam di bumi Mesir ini.

"Nama mahasiswa-mahasiswi yang tidak tersenarai ketika Imtihan Qabul pada 9 Oktober lalu merupakan perkara yang tidak boleh dipandang enteng. Masalah ini berkaitan dengan naik turun semangat mahasiswa-mahasiswi untuk meneruskan pengajian mereka di sini".

"Walau bagaimana sekalipun, PMRAM tetap berusaha memastikan semua mahasiswa-mahasiswi yang hadir ke Mesir boleh mengambil Imtihan Qabul" Ujar beliau ketika ditemui di Kuliah Dakwah Universiti Al-Azhar.

Seramai 17 orang mahasiswa serta 2 orang mahasiswi yang tidak tersenarai untuk menduduki Imtihan Qabul pada hari tersebut. Dengan usaha yang dilakukan oleh PMRAM, kesemua 19 orang tersebut berjaya menduduki peperiksaan dengan budi bicara pihak PMRAM dengan pengetua kuliah tersebut.

Turut hadir sama melihat suasana Imtihan Qabul pada hari tersebut Ketua Badan Pendidikan Komunikasi Bahasa Saudara Abdul Aziz bin Ali, Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan juga Pengarah USMB PMRAM Saudara Mohd Faizuddin bin Ghazali, Ketua Unit Pendidikan Komunikasi Bahasa Saudari Nurul Hasanah Yahuza dan Ketua Unit Ekonomi HEWI Saudari juga Timbalan Pengarah II USMB PMRAM Nik Norazma Nik Abdullah.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger