Laporan Ribat '10

Mansurah, 3 Oktober 2010, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) telah mengadakan Hari Tautan Mahabbah (Ribat 10). Program tersebut diwajibkan kepada mahasiswi qiraat baru dan seluruh warga Mansurah juga turut dijemput hadir. Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hampir keseluruhan mahasiswi Qiraat baru menghadirkan diri dan terus mengikuti sehingga ke akhir program.


Program bermula seawal jam 7.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Ustazah Nadianabila bt Zainuddin selaku Ketua Unit sambutan dan Rehlah PMRAM merangkap Hewi angkat Mansurah.Beliau banyak mengingatkan bahawa betapa pentingnya wala’ kita kepada kepimpinan.



Antara pengisian menarik yang telah diadakan ialah Majlis Ramah Mesra bersama pimpinan DPMM sesi 2010/2011, taklimat sistem pengajian qiraat, kronologi PMRAM, taklimat Jabatan Muzakarah Berkelompok, taklimat Unit Bait Muslim, penerangan pekeliling keselamatan semasa, penerangan kesihatan, penerangan Hisbah dan forum mahasiswa yg bertajuk “KE ARAH MAHASISWA FIRST CLASS dengan gandingan ahli panel yang mantap iaitu Saudara Syeikh Mujahid bin Sikh Nawawi selaku BP angkat Mansurah bersama Saudari Nuraini binti Salim yang merupakan mantan exco Mansurah sesi 2009/2010.

Program (Ribat 10) diakhiri dengan perasmian penutup oleh Saudari Noor Zailin binti Maat selaku Naib Pengerusi 1 HEWI DPMM sesi 2010/2011.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger