PMRAM Membawa Suara Mahasiswa Malaysia Ke TYT Dato' Duta

MOHANDISSEN, 13 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang diketuai Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM,bersama 4 orang Yang Dipertua BKAN dan 4 orang pengerusi DPM telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah iaitu TYT Dato’ Dr. Fakhruddin bin Abdul Mokti semalam.

Badan Pengurus PMRAM yang turut serta dalam perjumpaan tersebut ialah Saudara Abdul Aziz Ali, Timbalan Presiden dan Saudara Mohd Solehuddin Mohd Safien, Naib Presiden II.

Manakala wakil YDP BKAN yang terlibat ialah Johor, Perak, Melaka dan Selangor Sementara DPM pula dihadiri oleh pengerusi DPM Zaqaziq, Mansurah, Damanhur dan Tanta.

Kunjungan tersebut merupakan kunjungan kali pertama PMRAM bersama YDP dan pegerusi sejak pertukaran tampuk kepimpinan peringkat BKAN mahupun DPM untuk sesi 2011/2012.

Kesempatan dalam kunjung hormat tersebut Pihak PMRAM telah mengemukan dan meluahkan beberapa rungutan dan aduan pelajar Malaysia di Mesir kepada TYT Dato Duta sendiri.

Antara perkara yang disuarakan adalah berkaitan dengan pembayaran yuran pelajar Markaz Bahasa Arab sebanyak LE 480 untuk satu mustawa yang dilihat membebankan para pelajar supaya dipanjangkan ke pihak pentadbiran Al-Azhar.

Selain itu, Pihak PMRAM juga megemukakan pandangan dan harapan para pelajar supaya berhubung isu penghantaran semula pelajar-pelajar pengajian Islam ke cawangan-cawangan Al-Azhar di seluruh Mesir.

Mengulas isu tersebut, Presiden PMRAM memberitahu bahawa semenjak 2 tahun tiada penghantaran pelajar ke cawangan pelbagai permasalahan telah timbul yang bukan sahaja melibatkan peningkatan sewa rumah di sekitar Kaherah. Bahkan lebih daripada itu apabila ianya turut berkait dengan isu keselamatan terutama masalah pembaharuan visa.

Kesesakan pelajar-pelajar wafidin di Universiti al-Azhar Kaherah meyebabkan berlakunya kesulitan dalam menyelesaikan urusan-urusan pengkuliahan dan urusan pembaharuan visa di Jabatan Imigresen di Madinah Buuth Islamiah.

Ekoran daripada permasalah inilah mengakibatkan ramai di kalangan pelajar Malaysia enggan pemberbaharui visa mereka ditambah lagi dengan peruntukan hanya sehari sahaja dalam seminggu dikhususkan untuk pelajar Malaysia menyelesaikan urusan tersebut.

Dalam perjumpaan tersebut itu juga, beberapa orang YDP BKAN turut meminta penjelasan berkaitan isu pendaftaran persatuan dengan Education Malaysia of Egypt (EME) selain meminta pandangan TYT Dato’ Duta berhubung isu pengguguran Badan Kebajikan keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) daripada senarai persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah EME.

Pihak PMRAM berterima kasih atas kesedian dan kesudian pihak kedutaan untuk berbincang dan mendengar luahan seta rungutan daripada para pelajar berkaitan permalahan yang berlaku. Dan kita mengharapkan agar tindakan segera diambil daripada pihak TYT Dato’ Duta selaku wakil Kerajaan Malaysia di Mesir ini bagi meyelesaikan sebarang permasalahan terutamanya berkaitan dengan kebajikan pelajar supaya keberadaan para pelajar di Mesir ini tidak mengganggu tumpuan mereka terhadap pengajianujar Presiden PMRAM sejurus berakhirnya kunjung hormat tersebut.

Sumber : Web PMRAM
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger