Kenyataan Rasmi : DPM Mansurah Tetap Optimis Dalam Isu Mahasiswa/wi.


Kujungan hormat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang diketuai oleh Saudara Muhammad Zuhaili Bin Saiman selaku Presiden PMRAM 2011 bersama 2 orang Badan Pengurus PMRAM , 4 orang YDP BKAN dan 4 orang pengerusi DPM pada 12 Disember 2011 yang lepas memberikan makna yang besar kepada Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPM Mansurah).

Kunjungan hormat ini turut membincangkan 3 masalah utama iaitu isu bayaran LE 480 bagi satu mustawa bagi mahasiswa/wi baru di Markaz Bahasa Arab , pandangan dan kajian semula penghantaran mahasiswa/wi Al Azhar ke cawangan dan penjelasan pendaftaran BKAN-BKAN dengan Education Malaysia Of Egypt (EME)

Keterbukaan TYT Dato' Duta disamping hubungan yang baik dengan PMRAM memberikan satu pandangan optimis dan tindakkan susulan untuk mengatasi masalah yang berkaitan.Selain itu DPM Mansurah tetap optimis dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam isu-isu berkaitan survival mahasiswa/wi dan penghantaran semula mahasiswa/wi Al Azhar ke cawangan.

Saya selaku Pengerusi DPM Mansurah merakamkan jutaan terima kasih kepada TYT Dato' Dr. Fakhruddin bin Abdul Mokti selaku Duta Besar Malaysia Mesir atas kesudian TYT Dato' Duta menerima kunjungan hormat dan berbincang beberapa masalah seputar mahasiswa.

DPM Mansurah juga mengucapkan sekalung tahniah kepada PMRAM atas jalinan hubungan dua hala yang baik demi memastikan kebajikan mahasiswa/wi terus terpelihara.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Muhammad Aliffudin Bin Ramlee
Pengerusi DPM Mansurah
Sesi 2011/2012
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger