[BERITA] Rakyat Syria sentiasa di hati warga Mansurah

Mansurah, 4 Mac 2012 -

Program penerangan isu Syria dan solat hajat perdana berjaya dianjurkan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan dengan kerjasama Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMM 2011/12.

Program ini diatur khas untuk menerangkan kepada semua mahasiswa/wi Mansurah akan keadaan sebenar yang terkini di negara bergolak itu.

Majlis yang bermula jam 8.00 pagi dimulakan dengan solat hajat perdana memohon kehadrat yang Esa akan keselamatan terhadap seluruh umat islam di seluruh dunia khususnya di Syria.

Kemudian,tayangan video berkenaan senario sebenar keadaan di Syria dihidangkan kepada semua hadirin.

Suasana dewan menjadi sunyi dan suram seketika kerana semua hadirin terkejut dan merasa terkesan dari kekejaman rejim Syria.

Tetamu dari kaherah dijemput khas untuk mengisi slot program yang telah disusun.

Slot pertama diisi oleh saudara Ahmad Ulwan bin Rasyid yang ditugaskan untuk menerangkan berkisar tentang sejarah negara Syria sejak awal penubuhan sehinggalah detik sekarang.

Slot kedua diisi oleh Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim yang menjadi ketua pasukan khas Penerangan tentang isu Syria yang telah menjelajah ke seluruh Mesir bagi berkongsi maklumat tentang isu ini.

Tayangan gambar di layar menjadi cara penyampaian Ustaz Abdul Malik yang diberikan secarasantai selain penerangan secara terperinci tentang ajaran Syiah kepada semua hadirin.

Kira-kira sejam slot kedua ini mengambil tempat dan program ini berakhir dengan majlis penyampaian cenderamata kepada semua pengisi slot.

"Saya amat terkilan dan sedih kerana umat Islam diperlakukan sebegitu rupa di Syria,saya berharap isu ini dapat menemui jalan penyelesaian dengan segera".

"Terima kasih saya ucapkan kepada DPMM kerana menganjurkan program yang sungguh bermakna ini,banyak benda yang saya tidak tahu didedahkan dalam program ini". ujar Saudara Abdul Hashim bin Ab Aziz ketika ditemui.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH





Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger