Ahli DPMM yang dihormati, sedar tak sedar, rupanya sudah hampir kita kepada bulan ramadhan yang mulia. Sekejap sahaja masa yang berlalu. Masa yang sekejap ini kalau kita gunakan sebaiknya, alangkah bagusnya. Tetapi, masa itu telah berlalu pergi. Bagaimana harus kita kembali? mana mungkin.
Sahabat-sahabat sekalian, masa yang akan datang masih tidak pasti berapa lamanya. Tetapi, yang pastinya ia akan tiba. Saat ajal datang menjelma, sudah tidak ada namanya masa. Kerana masa sudah disudahi dengan kehidupan yang sementara. Saat ini, detik ini dan ketika ini, penuhilah ia dengan perkara-perkara yang berguna. Tiada guna kita dengan membuang masa. Datang ke mari dengan RM2000, pulang ke malaysia dengan LE3000. Berbaloikah? bukan itu saja, malahan wang seharian digunakan sehingga tidak tahu ke mana pergi. Sekiranya untuk tujuan kebaikan dan kebajikan tidak mengapa.
Nabi s.a.w bersabda: "dua nikmat yang kebanyakkan manusia melupakannya, nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang".
Fikirkanlah sahabat-sahabat. Saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan mengatakan bukan semua perkara boleh diperolehi dengan kekayaan sekiranya tiada pengetahuan dan kesedaran murni.
Seperti kata peribahasa Cina ini, "Seinci masa adalah seinci emas; namun jangan pula anda fikir anda berupaya membeli seinci masa itu dengan seinci emas".
Doakan bersama moga kita di beri kekuatan untuk meminpin diri dan masyarakat seluruhnya.
MUHAMMAD AMIRUL HASIM
Setiausaha Agung DPMM,
Sesi 2007/08