Seruan Mengingati Perkara yg Memutuskan Segala Kelazatan



Assalamualaikum w.b.t


DI MANAKAH TEMPATKU SETELAH KEMATIAN

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan engkau kemeriahan remaja? untuk apakah kamu habiskan masa remaja mu itu? Tidakkah Aku telah urniakan umur yang panjang? untuk apa umur mu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi ilmu itu kamu gunakan untuk apa?." (riwayat al-Tirmizi: 2416)

Empat perkara yang Allah akan tanya di akhirat kelak, malah setiap perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun sebagaimana firman Allah didalam surah al-Hijr ayat 92-93 yang maksudnya:

"Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya, Tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu."

Sesungguhnya soalan didataran mahsyar kelak tidak akan termampu dijawab oleh lidah, lataran lidah yang petah berkata-kata itu tidak lagi mendatangkan manfaat pada tuannya. Sebaliknya yang menajwab adalah setiap pancaindera, iaitu tangan-tangan mereka sementara kaki pulak akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan. Firman Allah didalam surah yasin ayat 65 yang bermaksud:

"Pada hari ini Kami tutup mulot-mulot mereka dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan"

Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah mereka lakukan semasa didunia dahulu. Lantaran itu tanyalah diri kita balik apakh yang kita lakukan diatas muak bumi ini mengikut jalan-jalan yang di redhoi Allah. Adakah masa remaja kita hanya di habiskan dengan perkara yang sia-sia denagn sibuk menekan-nekan keyboard hingga lengoh jari jemari kita? sekadar mengatakan perkara yang langsung tidak menyumbangkan manfaat untuk islam. Apakah mungkin umur panjang yang Allah kurniakan pada kita di penuhi dengan amal soleh yang boleh memboloskan diri kita dari perhitungan Allah di padang mahsyar nanti? entahkan di terima entahkan di tolak oleh Allah s.w.t. Takut-takut Allah pinta pada malaikat untuk lemparkan balik amalan soleh ke muka kita akibat di cemari dengan sifat 'ujub, tidak merasa segala amalannya dan kehampirannya dengan Allah adalah kurniaan Allah kepadanya bukan atas usahanya sendiri. Alangkah malangnya nasib diri merasakan kitalah yang paling dekat dengan rahmat Allah tetapi hakikatnya kitalah yang paling jauh dari rahmatnya. Mohon di jauhkan. Atau mampukah kita menjawap segala pertanyaan di hadapan Allah kelak berkaitan rezeki yang di salah gunakan oleh kita? guna wang pinjaman mahupun wang zakat untuk top up semata-mata takutkan buah hati muncungkan mulot sedepa dek hanya kerana soalan dah makan ke belum tak berjawab !!!!.

mahupun ilmu yang kiat tuntut di bumi mesir ini sekadar kepentingan untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu sahaja, bukan lagi kerana Allah. Buktinya kelas UKBA dan kuliah begitu padat, sendat dan ketat sehingga sanggup duduk berhimpit-himpit menadah ilmu hanya kerana exam walaupun macam-macam bau yang menerjah masuk ke dalam lubang hidung hingga menyesakkan nafas tidak lagi di pedulikkan. Hati penuh keazaman untuk najah dalam imtihan bukan lagi untuk lebih mengenal ma'rifah Allah. Kelas tafaqquh pula di pilih-pilih mana yang rasa perlu sahaja lagak pembeli di pasar borong, tidak memandang lagi semua ilmu itu adalah cahaya Allah untuk memandu manusia bagi lebih mengenal dirinya yang sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan fakir malah untuk lebih mengenal Tuhannya yang Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi.

Pastinya tiada siapa yang terkecuali di hari kebangkitan kedua di padang mahsyar kelak, pemimpin mahupun yang di pimpin akan di adili Allah seadilnya pada setiap amanah yang tergalas di bahu selaku hambanya. Tidak akan terlepas meskipun kebaikan dan kejahatan sebesar yang di lakukan walaupun hanya sebesar zarah!!Maka, takutlah kita kepada Allah kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai. Adakah malaikat maut datang dalam keadaan kita sedang melakukan maksiat kepada Allah!!Nauzubillah min zalik.. Tiada berguna lagi sesalan ketika itu kerana bumi telah hancur ketika kita merayu supaya di kembalikan untuk berbuat amal soleh. Di sinilah bermulanya kehidupan baru yang kekal selamanya. Tidak akan berakhir dengan kematian. Sesiapa yang melakukan amal soleh semata mencari keredhoannya maka akan di balas dengan syurga dan barangsiapa yang melakukan kefasadan di dunia ini maka telah menempa balasan neraka untuk dirinya sendiri.

Maksud firman Allah s.w.t didalam surah al-Baqarah dalam ayat 81-82:

"Sesungguhnya sesiapa yang membuat kejahatandan ia di liputi oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka. Mereka kekal didalamnya. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, dan mereka akan kekal di dalamnya".

Berkata imam asy-Syafie: {sesungguhnya terdapat sebahagian hamba Allah yang pandai: mereka menceraikan dunia dan mereka takut akan fitnah dunia. mereka melihat dunia, setelah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya dunia itu bukanlah tempat tinggal yang kekal bagi mereka yang hidup. Lantas mereka menjadikan dunia ini sebagai ombak dan mengambil amalan-amalan soleh sebagai kapal untuk bekalan menuju ke akhirat}.


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"


Diterbitkan Oleh:
Unit dakwah & Unit Dakwah Hewi DPMM sesi 07/08
14 Rejab 1429 H/ 17 Julai 2008

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger