قال تعالى : (( فلو لا نفر من كل فرقة منهم طائـفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا ))
وقال النبى صلى الله عليه وسلم : " العلماء ورثة الأنبياء "
Pertama- tama dan selama- lamanya puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah Ta’ala diatas ni’mat iman, Islam dan kesihatan yang dianugerahkan kepada kita hingga ke saat ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia petunjuk jalan kebenaran, Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda, sekalian ahli keluarga baginda, para alim ulama’dan pencinta ilmu, seluruh mahasiswa mahasiswi Islam selaku ulama’ muda dan mata rantai perjuangan dakwah baginda hingga ke negeri akhirat.
Jutaan kemaafan dipinta kepada semua atas keterlewatan tulisan ini. Kekuatan yang diberikan untuk terus mencoretkan sesuatu sebagai peringatan kepada diri dan semua adalah rahmat dan anugerah Allah yang amat bernilai. Akal tidak mampu berfikir, tangan tidak mampu bergerak dan tulisan tidak dapat dihasilkan jika tiada izin dari Yang Maha Kuasa.
Ikhwaani wa akhawaati muhtaram ;
Dalil-dalil diatas menuntut kita supaya menimba ilmu dengan semaksima mungkin kerana darjat ketinggian seseorang insan itu diukur pada ketinggian ilmunya. Sabda Nabi SAW maksudnya : “barangsiapa yang menginginkan dunia, maka mesti menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat juga dengan ilmu ”.
Dakwah merupakan tanggungjawab pertama yang diperintahkan oleh Allah SWT sebelum solat, puasa dan perintah wajib yang lain. Apabila disebut dakwah, sudah pasti disana ada cabaran, halangan, mehnah dan dugaan yang mesti ditempuhi sebelum tiba ke matlamatnya.

قال تعالى : لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة
Saya yakin dan pasti bahawa sahabat- sahabiat sekalian sudah hadhom dan tajuk ini sudah sebati dalam diri semua. Walaupun begitu, anggaplah ini sebagai peringatan ulang-tayang atas alasan kita adalah insan yang seringkali terlupa dan lalai dengan hidangan ni’mat dunia yang lazat . Tetapi awas ! kita bukan Melayu mudah lupa.
Siswa dan siswi Islam yang dihormati ;
Suka untuk saya fokuskan disini ialah tanpa sedar kita kurang meneliti dan memahami hak-hak utama yang dituntut oleh Islam kepada generasi mahasiswa ulama’ muda pewaris anbiya’ yang mana kita adalah aset dan tonggak utama Negara Islam Malaysia.
a) Mendalami ilmu dan berusaha gigih supaya mengenali serta mengi’tiraf kerajaan Allah yang telah dinafikan haknya oleh kemajuan sains & teknologi canggih.
b) Mengambil dan mempelajari Islam bersama ilmunya. Dilihat situasi sekarang, ilmu Islam telah sengaja dicerai-cerakinkan kepada akademik dan agama. Ini jelas menggambarkan kepada kita betapa ilmu Islam itu berjaya disempitkan oleh suasana semasa. Seharusnya kita kembali kepada inzar Allah supaya اقرأ باسم ربك dan انا لله وانا اليه راجعون
c) Menjadi pengamal ilmu Islam secara syumul tanpa memilih situasi-situasi tertentu. Berkata Syeikh Hassan al-Hudhoiby :

أقيموا دولة الاسلام فى حياتكم وصدوركم تقم على أرضكم " ”
Sahabat- sahabiat sekalian ;
Berdakwah ada cabaran, menuntut ilmu memerlukan kesabaran, menjadi hamba Allah yang mukminin juga punya ujian. Dalam keasyikan kita meni’mati hidup kurniaan Allah ini, musuh- musuh Islam tidak pernah berhenti merancang untuk menghancurkan Islam. Ikatan-ikatan Islam telah di robek satu persatu. Secara ringkasnya :
i) أولها الحكم - mendominasi mahkamah dunia, menguasai dan mempengaruhi hakim- hakim mahkamah, memperkenalkan dan mengagungkan sistem perundangan barat
ii) menimbulkan rasa gerun dihati ummat Islam dan masyarakat dunia kepada kebaikan dan mencanangkan kejahatan. Kejahatan di julang tetapi kebaikan di melukut-gantangkan
iii) melalaikan jiwa ummat Islam daripada melaksanakan kewajipan solat yang mana ia berfungsi sebagai kabel kita dengan Allah, pengawal peribadi yang dikendalikan oleh Allah serta benteng ampuh dari melakukan kejahatan. Firman Allah bermaksud : “sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan kejahatan dan maksiat kepadaNYA ”
Asdiqaai wa sodiqati fillah ;
Di kesempatan ini, ingin saya menyeru supaya sama-sama kita memperelokkan kembali niat dan mengambil peluang yang ada untuk terus tegar menggali mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman di sini hanya kerana Allah dan untuk Islam. Juga marilah kita berdoa sepertimana doa Nabi Muhammad SAW : اللهم بارك لنا فى الشعبان وبلغنا الى رمضان . Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa diredhai Allah… amin
Sebagai akhirnya, agenda tahunan yang dinanti-nantikan pada sesi ini bakal tiba dan saya mewakili pimpinan DPMM mengharapkan cadangan dan kritikan membina daripada semua ahli DPMM bagi memastikan survival kesatuan kita dapat dipertingkatkan demi Islam dan masa depan DPMM. Yang baik itu daripada Allah dan segala kekurangan itu adalah dari kelemahan diri ini. Mohon maaf atas segala kesilapan dan terima kasih atas segala perhatian. Salam perjuangan demi Islam.
Assalamualaikum wrt. wbt
“ JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH ”
Indahnya hidup bersama Islam,
SOLEHAH HAJI HARUN
SETIAUSAHA HEWI
DPMM SESI 2007/2008