Persediaan Diri Sebelum Menabur Bakti


Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat sahabat ahli DPMM semua, tanpa membuang masa Unit Dakwah [UD] dengan kerjasama [UMAD] Unit Madrasah Du'at sekali lagi tampil membuat satu lagi Program yang berbentuk ilmiah untuk membina persiapan dan persediaan kita sebelum pulang ke malaysia. Biarpun Program ini khusus bagi mereka yang tahun 3 & 4, akan tetapi dibukakan juga secara umum untuk sahabat-sahabat yang lain untuk turut serta dalam program ini.

Perjalanan program adalah seperti berikut:

Hari : Khamis
Tarikh : 28hb Ogos 2008
Tempat : DPJA
Masa : 5.30 petang
Tajuk Program : Teori & Praktikal Tahnik dan Aqiqah serta Pengurusan Jenazah.
Penyertaan : Khusus tahun 3 & 4, Umumnya untuk semua yang berminat.
Pendaftaran : LE2.50 [Kertas Kerja]

Marilah sama-sama kita menjayakan program ilmiah ini, moga di sana akan lahir satu pengalaman serta pengetahuan untuk kita dalam persiapan pulang ke Malaysia. Apa yang pasti hidup ini ada permulaan dan pengakhiran, setiap yang datang akan pulang, dalam seharian ada yang akan di lahirkan dan pula ada yang pulang ke pangkuan. Kita di sini yang mempunyai masa dan kekuatan harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tanpa ilmu diri kita tentu tak kan bersedia untuk berdepan. Sekali lagi marilah sama-sama kita sertai program ini, moga diberkati lagi di rahmati.

Sekian, Wassalam.


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger