Sekalung Penghargaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

JUTAAN TERIMA KASIH BUAT MEREKA YANG BEKERJA KERAS

Firma Allah S.W.T:-

"Bertolong-tolonglah kamu dalam membuat kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam membuat dosa dan aniaya, dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksaanNya."

Saban tahun Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah akan menerima kedatangan pelajar-pelajar baru dari pelbagai pelosok negeri bagi mengutip segala mutiara ilmu di bumi penuh barakah ini di samping menuntut di universiti terkemuka dan tertua di dunia iaitu Universiti al-Azhar as-Syarif.

Bagi menguruskan kedatangan pelajar-pelajar baru ini, DPM Mansurah telah mengamanahkan tugas ini kepada Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru sesi 2008/2009 (USMB) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah DPMM. USMB pada sesi ini telah dikepalai oleh Ustaz Adham Hodari dengan dibantu oleh Ustazah Zunaidah Abdul Rahim beserta ahli jawatankuasa yang terlantik seramai 14 orang.

Tanggal 28 September 2008, Mansurah kembali ceria menyambut siswi-siswi baru dari kalangan pelajar Qiraat seramai 34 orang termasuk dua pasangan yang telah berkahwin. Majlis sambutan diserikan lagi dengan paluan kompang yang bergemuruh dari Usrah Shoutul Mujahidah (USM) dan diiringi oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru PMRAM iaitu Ustaz Adlan Mokhtarudin dan juga Ustazah Raudhah Hanum Salim. Siswi-siswi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah selesai diberi pengisian oleh Unit Pengisian dan Sambutan USMB Mansurah, sementara urusan penghantaran barang-barang dan juga beg-beg dilakukan pada sebelah malamnya oleh Unit Penempatan USMB dan dibantu oleh unit-unit lain beserta ahli jawatan kecil.
Pada 12 November 2008, bumi Mansurah sekali lagi dimeriahkan dengan gema paluan kompang menyambut ketibaan siswa dan siswi STAM yang terdiri daripada 21 orang ikhwah dan 18 orang akhawat pada jam 11.30 pagi. Maka, DPJA dibanjiri lagi dengan beg-beg dan saratoga-saratoga (selimut) dari rombongan kedua ini. Rombongan kali ini diiringi oleh wakil Badan Pengurus iaitu Ustaz Syafiq Zulakifli dan Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh beserta wakil HEWI PMRAM iaitu Ustazah Raudhah Hanum Salim dan juga Ustazah Siti Norsaniyah Shapiin. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah USMB iaitu Ustaz Adham Hodari diikuti dengan taklimat keselamatan oleh Ustaz Amin Taufiq Rifain. Seterusnya dirasmikan oleh Ustaz Syafiq Zulakifli selaku Badan Pengurus PMRAM. Turut diselitkan juga taaruf ringkas Ahli JawatanKuasa Tadbir DPMM dan HEWI DPMM. Majlis di akhiri dengan jamuan makan sebelum dihantar pulang ke kediaman masing-masing yang rata-ratanya terletak di kawasan Depan Kuliyyah A, Depan Kuliyyah B, Utubis Jadid, Belakang Kuliyyah B, Madinat Salam, Hayyu Syarq dan Mauqaf Kanan.


Di kesempatan ini, kami seluruh barisan AJKT dan juga AJK HEWI DPM Mansurah sesi 2008/2009 mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung khususnya buat Ahli Jawatankuasa Pelaksana Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) 2008/2009 dan amnya buat seluruh ahli DPM Mansurah yang bertungkus lumus dalam menjayakan perjalanan majlis sambutan ini. Semoga penat lelah dan jerih perih kalian dibalas di akhirat kelak.

Jazakumullahhu Khairan Kathira....

** Kami semua dari AJK Mansoura Multimedia Centre (MMC) memohon jutaan kemaafan di atas keterlewatan menyediakan liputan tentang perjalanan program bagi pelajar-pelajar baru kerana bertindan dengan tugasan-tugasan luar dan di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.


" KERJASAMA PEMANGKIN UKHUWWAH "

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger