Kempen Simpati Dan Sehati Umat Islam

Sertai Kempen Simpati Dan Sehati Umat Islam Gaza.

Komuniti Mini Pavillion "From Palestine With Love" (MAP), sebuah unit di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM sedang menganjurkan kempen Simpati dan Sehati Terhadap Gaza. Menurut Pengarah MAP, Ustaz Abdul Muin Abdul Manan berkata, kempen tersebut adalah bagi bertujuan memberikan kesedaran kepada ahli PMRAM khasnya mengenai penderitaan saudara seIslam di Gaza yang terancam akibat sekatan yang dikenakan Israel ke atas mereka.

Menurut beliau, hingga kini seramai 256 orang telah menjadi mangsa korban akibat bekalan air, elektrik dan tenaga yang diputuskan ke seluruh semenanjung itu.

"Komuniti MAP meminta lampu rumah dipadamkan selama hanya 5 minit pada hari Selasa 2 Disember ini tepat jam 8 malam bagi bertujuan kita berkongsi sama dengan apa yang saudara kita rasai di Gaza. Kita hanya bergelap 5 minit berbanding mereka yang telah lama mengalami penderitaan ini," ujar beliau. Oleh itu, beliau menjemput seluruh ahli PMRAM agar menjayakan kempen ini.

" Jika yang berada di kelas-kelas pengajian kitab kuliah bersama kawan-kawan juga boleh lakukan sedemikian. Ayuh kita lakukan bersama, bukan anda sahaja tetapi kita semua," jelas beliau lagi.

Untuk makluman lanjut, boleh layari blog MAP http://minipavilion.blogspot.com/.

sumber dari: http://www.pmram.org/

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger