Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Kelab Latihan Penulisan (KELAP) [2]

Sila klik di sini untuk paparan yang lebih jelas.
Assalamualaikum w.b.t
Kepada semua warga mahasiswa dan mahasiswi republik arab mesir yang berminat dengan penulisan serta pembacaan.Di bawah unit badan penerangan dan penerbitan PMRAM (BPP) akan mengadakan KELAB LATIHAN PENULIS [2] (KELAP) untuk kali kedua.Yang disana akan membincangkan topik-topik yang menarik seperti diskusi antologi cinta&rona kinanah, hari baca novel, pembentangan suara kampus dari hati ke mata, pembentangan penulisan cerpen.Kelap yang akan berlangsung selama 2 hari ini akan dipimpin dari kalangan ulama-ulama penulis yang berpengalaman dalam penulisan.Untuk maklumat yang lebih jelas sila lihat pada iklan di atas.
  • Tarikh : 2 dan 3 februari 2008
  • Tempat :Rumah johor,hayyu thamin
  • Pendaftaran :L.E15, termasuk makan dan kertas kerja
  • Jenis program :Terbuka kepada pembaca, penulis dan ahli kelap

Marilah kita sama-sama meramai program yang diadakan ini kerana ilmu itu bermula dengan penulisan dan pembacaan.InsyAllah sesuatu yang menarik akan menanti anda di sana.

Sekian terima kasih.

"GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN"

0 comments

Santai Minta Tenangkan Jiwa -Jejak Rasul '08 Kembali-

Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah sekalian, pada tahun ini Unit Sambutan Rehlah Mansurah (USR) yang di pimpin oleh Ust Fakhrul Iman Mohd Fuad sekali lagi membuat tawaran hebat kepada seluruh ahli DPMM khususnya mahasiswa untuk sama-sama menyertai jaulah kembara sinai dengan anjuran program di bawah nama Jejak Rasul '08. Program ini yang di muatkan dengan pelbagai aktiviti lawatan ke tempat bersejarah dalam satu pekej percutian yang menarik selama 3 hari 3 malam. Berikut adalah maklumat ringkas:

~ Pendaftaran di buka sekarang sehingga tarikh tutup 31hb Januari 2008.
~ Tarikh Berangkat dari 9-11hb Februari 2008
~ Boleh rujuk secara terus ke pada;
- Ust Fakhrul Iman 010-4608385
- Ust Fakhrurrozi 010-4145422
- Ust Rashidi wahab 010 -06 85547
~ Tawaran Hebat dengan bayaran tiada ansuran sebanyak LE210 perseorangan dan diskaun menarik untuk mutazawwij sebanyak 5% dari harga tawaran.


Sekian saja untuk makluman, sila lihat iklan diatas untuk rujukan.

Sekian terima kasih.


"Gembleng Kekuatan Tawan Sinai Jelajah 2008"
0 comments

Jom Ramai-ramai Ke Maarad Kutub

klik disini untuk paparan yang lebih jelas


klik disini untuk paparan yang lebih jelas



Assalamualaikum W.B.T.

Kepada semua sahabat mahasiswa mahasiswi mansurah, dengan penyelarsaan di bawah aturcara Unit Pengetahuan & Pendidikan Mansurah (UPEP) serta Unit Pengetahuan & Pendidikan HEWI akan mengadakan jaulah ilmu ke Maarad Kutub (Pameran Buku) dikaherah. Berikut adalah makluman perjalanan:

Bagi Ikhwah

Masa Bertolak : Hari Selasa bersamaan 29hb Januari 2008 bertolak jam 6.30 pagi berkumpul di DPJA.
Pendaftaran : Bermula dari 21hb-25hb Januari 2008 beserta bayaran sebanyak LE16 (pergi&balik). Boleh berhubung terus dengan Ust Muhd Labib 010-0975303.

Bagi Akhawat

Masa Bertolak : Hari Ahad bersamaan 27hb Januari 2008 bertolak jam 6.30 pagi dan berkumpul di DPJA.
Pendaftaran : Bermula dari 16hb-24hb Januari 2008 di Markaz 1 beserta bayaran sebanyak LE16. Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan Unit Pengetahuan & Pendidikan HEWI.


Sila rujuk di ruangan iklan diatas untuk maklumat tambahan, sekian terima kasih.


"GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN"


0 comments

Kelab Seni Khat Kembali Semula


sila klik untuk paparan yang lebih jelas.

Assalamualaikum W.B.T

Salam imtihan yang telah terlewat, buat teman-teman akhwat warga DPMM yang dikasihi sekalian.InsyaAllah,Kelab Seni Khat akan kembali bergerak pada sessi pembelajaran kali ini bermula awal Februari.InsyaAllah kita akan dibimbing oleh seorang lagi pelapis tenaga pengajar yang juga mahir dan berpengalaman dalam bidang seni khat. Mohon restu agar salah satu usaha ke arah untuk mahir dalam seni kaligrafi Islam yang telah lama tertegak ini,akan beroleh hasil dan terus berkembang bermula dari kita di Ardul Kinanah ini yang sangat masyhur dengan seni tulisan arab ini.

Sedikit ralat tarikh yang telah diperbetulkan,bagi akhwat yang berminat untuk menyertai kami,dijemput hadir pada hari pendaftaran yang akan dibuka pada 24/01/2008 pada jam 2.oo petang di DPJA bersama yuran keahlian sebanyak LE 35.Ahli lama turut dialu-alukan dan dijemput hadir pada tarikh yang telah disebut untuk semakan nama.

Sebarang kemusykilan,boleh berhubung terus dengan:-

1. Ustazah Noor Nihlah Ahmad Jamhari - 010 3915788.
2. Ustazah Siti Zainatul Asyikin Salleh - 010 3913878.

Sekian, terima kasih.

" GEMBLENG KESENIAN, PASAK KEMAHIRAN "
0 comments

Skuad Waja Diri Mansurah

klik di sini untuk paparan lebin jelas

Assalamualaikum W.B.T

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang sedang berimtihan mahupun yang sudah selesai, semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah, InsyaAllah semoga usaha sahabat-sahabat semua dalam mengejar kejayaan mendapat keberkatan di sisi-Nya. Untuk makluman, Skuad Waja Diri kini kembali di bawah anjuran DPMM. Yang pastinya kali ini berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya insyaAllah. Apa yang kita maklum seni mempertahan diri adalah salah satu faktor yang penting untuk diri, keluarga dan masyarakat sekeliling yang membawa kepada aspek keberanian dan maruah diri sesorang ketika waktu memerlukannya.

Kepada mahasiswa yang berminat mengikuti jejak langkah Skuad Waja Diri atau untuk penerangan yang lebih lanjut boleh berhubung dengan:
  1. Ustaz Firdaus : 010-0369252
  2. Ustaz Fauzi : 010-3650701
  3. Ustaz Ali : 016-7136164
  4. Ustaz Daing : 010-2985893
Pendaftaran terbuka kepada semua mahasiswa. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Skuad Waja Diri ini, kerana peluang mungkin hanya akan datang sekali sahaja jadi daftarlah segera.

Sekian, terima kasih.

"GEMBLENG KEKUATAN RUH SYAHID"
0 comments

Tawaran Baik Untuk Mahasiswi Mansurah


klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Salam semangat perjuangan imtihan pada semua ahli DPMM, moga di berkati dan di permudahkan sepanjang usaha dalam mencari kejayaan dan kecemerlangan yang di impikan. InsyaAllah dengan izin dari-Nya, selepas berakhirnya imtihan ini Unit Sambutan & Rehlah HEWI PMRAM akan mengadakan Ekspedisi Semenanjung Sinai '08. Ekspedisi ini khusus untuk seluruh mahasiswi sahaja dan di utamakan penyertaannya secara terbuka bagi mahasiswi tahun akhir. Sila rujuk pada iklan untuk keterangan lebih lanjut. Sehubungan dengan itu, berikut adalah jadual perjalanan yang telah di tetapkan :

~ Ekspedisi 1 : Bermula pada 29 - 31 Januari 2008.
~ Ekspedisi 2 : Bermula pada 4 - 6 Febuari 2008.

Kepada Mahasiswi DPMM yang berminat untuk sertai sila hubungi Unit Sambutan Rehlah DPMM untuk membuat pendaftaran. Pendaftaran di buka sehingga 15hb Januari 2008, dan tertakluk pada kekosongan jika terlewat untuk berdaftar.

Sebarang masalah boleh rujuk secara langsung kepada Pemangku Ketua Unit Sambutan & Rehlah HEWI PMRAM Ustazah Halimatussa'diah Bt Mohamad Pudzi di talian 016-1581957.

Sekian Terima Kasih.

"Menjejak Sirah, Mengasak Fikrah"

Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan



0 comments

Salam Maal Hijrah 1429H

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Berikut adalah Doa Akhir Tahun


sila klik untuk paparan yang lebih jelas dan save



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Berikut adalah Doa Awal Tahun


untuk paparan yang lebih jelas sila klik di sini dan save



MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam
- Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat
seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun
pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun
pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


KISAH HIJRAH

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur. Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish.

Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.


0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger