Mesyuarat Agung Tahunan HEWI DPMM kali ke 17

Oleh : Arbaiyah Saron | Foto : Saiful Islam
Photobucket

Utubis Jadid, 1 Ogos – Hari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) HEWI DPMM 08/09 bagi kali yang ke-17. Program tahunan ini telah diadakan di Dewan Persada Jazirah al-Ward dan telah dibuka pendaftarannya seawal 7.15 pagi. Slot perasmian telah dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustazah Farah Jaafar, pelajar tahun 2 Qiraat. Seterusnya ucapan aluan pengerusi majlis disampaikan oleh Ustazah Muslihah, diikuti ucapan Timbalan Pengarah II MAT, Ustazah Syarifah Kamilah Syed Ahmad. Aturcara diteruskan lagi dengan ucapan Naib Pengerusi I HEWI DPMM, Ustazah Ansoriah Abu Bakar dan ucapan dari wakil HEWI PMRAM, Ustazah Siti Anisah Ahmad selaku Naib Pengerusi HEWI PMRAM.

Program diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Amin Taufiq Bin Rifain selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2008/2009. Selepas rehat, agenda MAT dimulakan dengan perlantikan setiausaha sidang dan pengira undi oleh ahli sidang mesyuarat. Seterusnya Setiausaha Hewi DPMM membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat MAT kali ke-16 yang dikendalikan oleh pengerusi MAT HEWI, Ustazah Ansoriah Abu Bakar. Kemudian, agenda diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti HEWI sesi 2008/2009. Bagi mengisi masa yang ada, diselitkan acara kuiz oleh HEWI untuk ahli sidang. Program berhenti rehat untuk solat zohor.

Sementara menunggu ahli sidang memenuhi dewan, qasidah dialunkan bagi menceriakan suasana. Agenda diteruskan lagi dengan pembentangan dan pengesahan penyata kewangan HEWI sesi 2008/2009 oleh Bendahari HEWI DPMM. Kemudian sesi cadangan dan komentar umum dibuka untuk ahli sidang. Alhamdulillah respon yang diberikan oleh sahabat-sahabat amat baik. Suasana masing-masing menjadi sayu dan hiba apabila semua HEWI DPMM 08/09 memberikan ucapan terakhir mereka, tidak kurang juga respon dari ahli-ahli yang memberikan kata-kata semangat pada HEWI yang mana sebelum ini HEWI banyak dipersalahkan dan “dikondem” oleh segelintir ahli.

Sejurus selepas itu, slot penangguhan dimulakan dengan ucapan wakil HEWI PMRAM, Ustazah Syahidatul Akma disusuli dengan bacaan doa rabithah. Menariknya pada MAT HEWI kali ini diadakan penyampaian hadiah untuk Bait Mithali yang dimenangi oleh Bait Darul Marjan dan juga penyampaian sijil kepada unit-unit khas DPMM, antaranya ialah unit Nadi UKKAZ, UKBA dan MANHAL . Sebelum sidang bersurai, ahli sidang solat asar berjemaah di dewan DPJA.

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger