Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 17

Oleh : Arbaiyah Saron | Foto : Saiful Islam
Photobucket

Utubis Jadid, 3 Ogos
– Dewan Persada Jazirah al-Ward sekali lagi telah menjadi saksi dengan terlaksananya Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah(DPMM) kali ke-17. Program tahunan ini, telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM, al-Fadhil Ustaz Abdul Mu’izz bin Muhammad. Turut hadir mengiringi beliau ialah al-Fadhil Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazimie.

Program dimulakan kira-kira jam 8.00 pagi dengan majlis perasmian. Selepas berehat seketika, persidangan Mesyuarat Agung Tahunan bermula dengan lantikan setiausaha sidang dan pengira undi. Kemudian diikuti dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat kali ke-16 oleh Setiausaha Agung DPMM 08/09 sebagai penilaian ahli. Seterusnya telah membuka ruangan untuk perkara-perkara berbangkit. Kemudian agenda diteruskan lagi dengan pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti unit DPMM bagi sesi 08/09 dan disambung semula selepas makan tengah hari dan solat zohor. Kemudian diikuti dengan pembentangan dan pengesahan laporan kewangan DPMM 08/09 oleh Bendahari Agung DPMM 08/09 dan kemudiannya membentangkan belanjawan DPMM 09/10. Keadaan menjadi gamat dan panas seketika, lantaran sebilangan ahli memberi perhatian berkaitan akaun DPMM serta soalan bertubi-tubi semasa Bendahari Agung membentangkan laporan kewangan DPMM. Ternyata kehadiran dan soalan-soalan yang ditimbulkan mencergaskan dan membuka mata dan minda sahabat-sahabat yang lain di dalam mengemukakan soalan dan pandangan.

Agenda diteruskan lagi dengan perbahasan usul. Apa yang menariknya, adalah MAT pada kali ini, terdapar dua usul daripada ahli DPMM sendiri. Salah satunya adalah usul bertulis yang dibahaskan oleh al-Fadhil Ustaz Saiful Bahri. Usul beliau bertajuk “ Larangan Supaya Tidak Boleh Di adakan Program Ketika Waktu Kuliah Majoriti Ahli DPMM” dan satu lagi usul tergempar dibahaskan oleh salah seorang penasihat DPMM 08/09 sendiri, iaitu al-Fadhil Ustaz Abdul Kadir, dengan tajuk usulnya “ Memegakan Muzakarah Berkelompok(M.B) dan Mewajibkan Kepada Semua Pihak “.

Photobucket

Agenda MAT DPMM berehat untuk seketika untuk memberi laluan solat Asar dan diteruskan semula dengan sesi bahas usul kedua oleh Ustaz Abdul Kadir. Berakhir perbahasan usul, masa yang dinanti-nantikan oleh semua ahli DPMM iaitu majlis penyampaian hadiah, penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden PMRAM, Pengerusi DPMM, Pengarah MAT kali ke 17 serta Timbalan Pengarah I dengan jayanya. Selesai sudah penyampaian hadiah, agenda MAT DPMM diteruskan dengan membuka sesi cadangan dan komentar umum daripada ahli-ahli. Kira-kira satu jam selepas itu, agenda berhenti seketika untuk laluan solat Maghrib secara berjemaah. Setelah selesai, agenda diteruskan dengan perlantikan juru audit bagi sesi 2009/10. Sebulat suara telah memutuskan bahawa juru audit bagi sesi 09/10 adalah ustaz Saiful Azlam dan Ustaz Nasir Ahmad. Sejurus selepas itu, ucapan pergulungan oleh Pengerusi DPMM sesi 08/09 iaitu al-Fadhil ustaz Amin Taufiq bin Mohd Rifain dan sedikit ucapan penutup oleh semua AJKT DPMM sesi 08/09 dan seterusnya perletakan jawatan kepimpinan bagi sesi 08/09.

Sejurus selepas itu, agenda yang dinanti-nantikan dan mendebarkan iaitu, pengisytiharan kepimpinan DPMM sesi 09/10 oleh Pengarah SPR, al-Fadhil Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohd Ardzi dan diikuti dengan sesi taaruf AJKT dan juga AJK HEWI DPMM sesi 09/10 dan ucapan penangguhan oleh Pengerusi DPMM sesi 09/10 iaitu Ustaz Muhamad Amirul bin Hasim. Agenda MAT sesi 08/09 berakhir dengan solat Isya’ berjemaah dan bacaan doa Rabithah. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam.
Pihak DPMM mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan komitmen sepanjang program sesi ini. Semoga kepimpinan baru sesi 2009/2010 akan dapat meneruskan survival DPMM demi melihat suasana Islam terus subur di Ardhul Kinanah ini.

Firman Allah S.W.T :
“"Kalau kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu." (Muhammaad :7)”
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger