Kolokium Ilmuan (Q) Kali Pertama


Sabtu, 13 November 2010 : Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM Cawangan Mansurah sesi 2010 / 2011 telah mengadakan program Kolokium Ilmuan siri pertama atau singkatannya ‘Q’ bertempat di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA).

Program Q kali ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama para pelaksana program dan mereka yang terlibat secara tidak langsung. Dengan kehadiran peserta Q seramai 22 orang dan beberapa orang pelajar perubatan telah memeriahkan lagi program Q kali ini.

Buat pengetahuan semua, Program Kolokium Ilmuan merupakan satu program di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM khusus untuk pelajar tahun 1. Program yang bertemakan “Memartabatkan Pembentukan Insani” adalah untuk memberi kefahaman yang mendalam mengenai Islam kepada para peserta seterusnya membentuk asas yang kukuh dalam diri mahasiswi Islam yang sebenar. Selain itu, tujuan Q dianjurkan adalah untuk memperkenalkan peranan PMRAM dalam pembentukan keperibadiaan muslim.

Program yang bermula pada jam 7.00 pagi sehingga jam 2.30 petang ini telah dirasmikan oleh Saudara Muhamad Aliffudin bin Ramlee selaku Pemangku Pengerusi DPMM sesi 2010/2011. Program turut dimeriahkan lagi dengan pengisian mantap yang disampaikan oleh Saudara Sarkawi bin Salleh, Saudara Mohd Khusnaini bin Mongin dan Saudara Firdaus bin Aznan selaku fellow Manhal PMRAM.

Antara slot yang paling menarik perhatian para peserta ialah ‘Da’ie Kreatif’ yang mana slot ini bertujuan untuk melihat tahap kefahaman peserta di samping mencungkil bakat-bakat terpendam.

Akhir sekali, program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati oleh Saudari Nor Latifah binti Othman selaku Naib Pengerusi II HEWI DPMM sesi 2010 /2011 kepada peserta terbaik ‘Q’ iaitu Saudari Nur Jannah binti Amran. Manakala Azean Production telah dinobatkan sebagai kumpulan terbaik keseluruhan .Majlis berakhir dengan sesi bergambar antara para peserta dan adhoc pelaksana program.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"


Nor Nadiah binti Che Yusof
Pengarah
Kolokium Ilmuan
PMRAM Cawangan Mansurah



Share this article :

+ comments + 1 comments

November 19, 2010 at 2:13 PM

uits sharkawi penang ke tu???
lama xjmpa

Post a Comment
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger