Majlis Pembacaan Kutub Sittah Berlangsung Baik

Photobucket

Kaherah, 17 Oktober
- Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Berkat usaha gigih serta doa daripada semua pihak, Allah mengizinkan majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dan masalah yang tidak diingini.

Sesi pendaftaran para peserta bermula seawal jam 8.00 pagi dan majlis perasmian disempurnakan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Para peserta terpegun dan bersemangat dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Syeikh Dr. Usamah. Turut bersama dalam majlis perasmian adalah al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq.

Majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dimulakan pada jam 1.15 petang secara bergilir-gilir oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq, al-Allamnah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani dan al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Sekitar jam 2.45 petang, majlis berhenti rehat seketika dan sesi pembacaan Sahih Bukhari kembali diteruskan pada jam 3.45 petang oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq sehingga waktu maghrib. Pada hari pertama program, dianggarkan lenih daripada 630 peserta yang hadir bagi menjayakan majlis pembacaan hadis tersebut.

Majlis pembacaan diteruskan seusai solat maghrib oleh al-Allamah Syeikh Dr. Rifa'at Fauzi Abdul Mutalib ditemani al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Sepanjang majlis berlangsung, para masyaikh telah membaca Sahih Bukhari bermula daripada hadis yang pertama pada Kitab Bad el Wahyi sehingga hadis yang ke 186 pada Kitab al Wudu'. Majlis berakhir sekitar jam 8.30 malam.

Semoga usaha murni Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang menganjurkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh Al Azhar dilimpahi keberkatan, rahmat dan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t serta dapat diteruskan sehingga keakhirnya. Majlis tersebut akan diteruskan sehingga ke hari terakhir pada 20 Oktober 2009. Segala maklumat lanjut, bolehlah merujuk terus kepada laman blog rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah di alamat www.kutubsittah-pmram.blogspot.com

Dari http://www.pmram.org/
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger