Utubis Jadid, 7 Oktober 2009 : Majlis bagi Mahasiswa/wi baru siswi Qiraat khususnya yang baru sahaja tiba pada 30 Septermber 2009 seramai 22 orang dan 6 Oktober 2009 seramai 10 orang telah berjalan lancar dan mengeratkan lagi ukhuwah antara siswi baru Qiraat.
Majlis bermula pada awal jam 10.30 pagi dengan pembukaan bacaan ayat suci Al Quran Karim oleh Al Fadhil Tuan Azman B. Tuan Mat. Seterusnya majlis bermula dengan ucapan oleh Pengarah Unit sambutan Mahasiswa Baru Mansurah Al Fadhil Ustaz Abdul Kadir B. Umar sebagai pembuka bicara ucapan. Pada ucapan beliau menegaskan bahawa Unit Sambutan Mahasiwa Baru antara organanisi saban tahun ditubuhkan bagi membantu permudahkan urusan di kalangan mahasiswa yang baru tiba di bumi anbiya' ini. Selesai sahaja ucapan Pengarah maka disambung pula dengan ucapan Al Fadhil Us Mohd Amirul Bin Hasim selaku Pengerusi DPMM sesi 2009/2010 dengan kalamnya yang disifatkan sebagai jami' dan mani'. Dalam ucapanya beliau lebih menegaskan kepada mahasiswi bahawa amanah seorang penuntut ilmu yang telah dipilih untuk hadir ke bumi anbiya' hendaklah ditunaikan dengan sebaiknya.
Seterusnya ucapan yang dinanti-nantikan, perasmian bagi majlis siswi baru ini dengan penuh ta'zimnya disampaikan oleh alFadhil Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman selaku Badan Kebudayaan Kesenian dan Sukan PMRAM 2009. Ucapan yang umpama seorang ayah kepada para mahasiswi baru amat membuatkan mereka merasa senang untuk mengenali apa itu PMRAM. Telalu banyak kalam mutiara yang disampaikan untuk tatapan dan nasihat buat mahasiswi baru. Beliau banyak menasihatkan agar hafiz Al Quran bukan hanya sekadar menghafaz Al Quran semata-mata, bahkan perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab mengamalkan isi kandungannya.
Majlis diteruskan dengan tayangan slide show PMRAM, dengan menerangkan peranan PMRAM sebagai pesatuan yang banyak memberi kebajikan kepada ahlinya. Seterusnya pelbagai agenda menarik dihidangkan antaranya berta'aruf bersama saf kepeimpinan DPMM sesi 2009/2010,serta diteruskan beberapa slot pengenalan awal persatuan induk iaitu PMRAM dan persatuan yang dinaunginya seperti Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM).
Majlis yang dipengerusikan oleh Us. Mohd Yasir B. Mohd Razdi berakhir pada jam 4.30 petang dan kemudianya diteruskan dengan slot khas buat siswi iaitu bicara ukhuwah yang dikelolakan oleh Ustazh Nadiah Binti Che Yusof, bagi mengenali secara lebih rapat terutamanya kalangan siswi. Sekitar jam 5.15 malam majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan Suratul Asr.