KAHERAH, 14 Oktober - Pihak pelaksana program Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri ke-2 Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bersetuju mengumumkan tarikh program ini berlangsung iaitu pada 27, 28, 30, dan 31 Oktober 2010.
Menurut Pengarah program, Saudara Muhammad Yusuf A Kadir menyatakan bahawa tarikh ini diwar-warkan setelah pihak pelaksana menyatakan jangkaan awal program iaitu pada akhir Oktober 2010.
Namun, penyertaan peserta masih dibuka sehingga 18 Oktober 2010 melalui Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAN dan DPM masing-masing dengan bayaran yuran sebanyak LE 170.00.
Menurutnya lagi, PMRAM optimis dengan sokongan dan sambutan ahli dalam menjayakan setiap programnya. "Insha Allah, kita berdoa dan mengharapkan agar program ini dapat dijayakan dengan sebaiknya," katanya ketika ditemui.