DPJA, 7 Oktober – Jabatan Setiausaha Agung telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Pimpinan sesi 2010/2011. Majlis bermula jam 1.30 petang dengan kehadiran ahli mencecah 100 orang.
Sesi suaikenal pimpinan menjadi agenda utama majlis. Gaya dan cara penyampaian mereka berjaya menambat hati ahli yang hadir.
Bagi slot penerangan pekeliling umum dan pembentangan usul MAT x18, dibentangkan oleh Pengerusi DPMM, Saudara Mohd Zahimie bin Mohd Dzahid. Beliau sangat menitikberatkan tentang keselamatan dan kesejahteraan ahli supaya ahli sentiasa dalam keadaan berwaspada dengan keadaan sekeliling.
Banyak persoalan yang telah diajukan dari kalangan ahli.

Majlis diteruskan dengan slot penerangan dan pelancaran unit-unit khas DPMM di bawah kelolaan Saudara Muhammad Izzat bin Abdul Hadi selaku Unit Perancang.Tayangan slide show dari Usrah Shoutul Mujahidah (USM) dan Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) adalah simbol pelancaran unit-unit tersebut
Turut hadir ialah wakil HEWI PMRAM Pusat, Saudari Ibtisam binti Muhammad, Ketua Unit Perancang dan Panitia dan Saudari Nadianabila binti Zainuddin, Ketua Unit Sambutan dan Rehlah selaku HEWI angkat PMRAM Cawangan Mansurah.