DPM Mansurah Sudi Menjalinkan Kerjasama


Mansurah , 10 Disember 2010 : Mansurah telah dikunjungi oleh salah seorang Pegawai Tadbir Diplomatik dari Kedutaan Besar Malaysia Kaherah iaitu Encik Saiful Anuar B Muhammad. Kedatangan Encik Saiful Anuar B Muhammad membuktikan bahawasanya Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah yang bernaung dibawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sudi berkerjasama dengan mana-mana pihak.

Kedatangan Encik Saiful Anuar B Muhammad ke Mansurah adalah dalam rangka lawatan beliau ke meninjau persekitaran Mansurah sekaligus merancang kerjasama diantara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah , Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah dengan Perubatan Cawangan Mansurah dalam program menyambut TYT Duta Besar Malaysia Ke Mesir di Mansurah.

Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah diwakili oleh Pemangku Pengerusi DPM Mansurah , Muhammad Aliffudin B Ramlee dan Timbalan Pengerusi DPM Mansurah , Muhammad Izzat B Abdul Hadi .

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Saudara Ahmad Azizi B Md Jusoh (Pengerusi Perubatan Cawangan Mansurah ) , Saudara Muhammad Abu Ubaidah B Mustafa Kamal ( Timbalan Pengerusi Perubatan Cawangan Mansurah) dan Saudara Muhammad Haniff B Mahmud ( Setiausaha Perubatan Cawangan Mansurah ).

Selain pertemuan dalam merangka program yang bakal diadakan DPM Mansurah telah menyampaikan beberapa masalah yang berlaku dikalangan mahasiswa/wi pengajian Islam dan perubatan. Antara masalah yang telah diutarakan ialah masalah keselamatan melibatkan ganguan warga arab terhadap siswi , isu survival pelajar qiraat semasa ketiadaan pengajian islam di Mansurah , masalah sosial dan hisbah dan pemusatan pelajar baru di Kaherah.

Kerjasama yang dirancang ini menampakkan lagi kerjasama erat diantara DPM Mansurah , Perubatan Cawangan Mansurah dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara pengajian Islam dan perubatan.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger