KAHERAH, 7 Dis - Sempena Program Sambutan Maal Hijrah peringkat PMRAM Pusat yang telah diadakan di Dataran Hayyu Asyir, Unit Hisbah Pusat Telah melancar secara rasminya Skuad Hisbah Bermotor untuk melancarkan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar di Bumi Mesir ini.
Skuad bermotor tersebut yang dibarisi 16 buah motosikal telah diketuai oleh Saudara Jamal Najmuddin selaku Ketua Unit Operasi Hisbah Pusat bersama wakil skuad dari negeri lain termasuklah Selangor dan Kelantan dimulai dengan kehadiran beramai-ramai dam penyerahan Vest dan Kad Kuasa Hisbah yang telah disampaikan sendiri oleh Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime.
Skuad ini akan melibatkan wakil dari setiap BKAN yang turut bersama-sama akan mambantu dalam mengekalkan biah solehah mahasiswa Malaysia di Mesir ini terutamanya di Kaherah.Semoga seluruh mahasiswa dapat memastikan keselamatan diri dalam keadan baik dari segala kesulitan dan kejahatan seterusnya membebaskan diri dari jenayah dan maksiat.