Perjumpaan Bersama Pihak Kuliah Al-Azhar


Mansurah 25 NOVEMBER–Pihak Pengurusan Kuliah Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah telah mengadakan satu perjumpaan bersama mahasisiwi wafidat bertempat di “Qoah Al-ijtimaieah” Universiti Al-Azhar Mansurah.Tujuan utama perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan segala permasalahan yang dihadapi samada dari sudut akademik, pengurusan kuliah dan sebagainya.

Perjumpaan yang bermula jam 12 tengahari tersebut dihadiri oleh Wakil Amid Kuliah, Doktor Hilal, Mudirah Am Kuliah, Ablah Afaf, Wakil Syu'un Wafidat, Ablah Aisyah, Naib Pengerusi I HEWI, Ketua Unit Pendidikan HEWI dan wakil ketua bagi setiap syukbah serta beberapa orang mahasiswi.


Pelbagai masalah dan agenda yang telah dibentangkan dalam perjumpaan tersebut.Antara perkara-perkara yang berbangkit ialah :

· Kitab Turath yang lambat dikeluarkan

· Permasalahan kernih

· Masalah kenaikan yuran kuliah

· Etika penggunaan maktabah kuliah

· Pengurusan Natijah Tasfiyah

· Muqoror Al-Quran dan beberapa masalah kecil yang lain

Sebarang permasalahan, dan pertanyaan telah dibincang lumat di peringkat akar umbi.Pihak pengurusan kuliah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pelajar Malaysia.

Mudirah Am Kuliah dan Wakil Amid Kuliah juga berpesan agar mahasiswi dapat belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaaan dan sekiranya wujud sebarang permasalahan yang berkaitan dengan kuliah boleh terus merujuk kepada pihak kuliah atau Doktor Ali Luqom.

Perjumpaan berakhir jam 1.30petang dengan sedikit jamuan ringan sempena sambutan Aidiladha. Alhamdulillah segala masalah dapat diselesaikan dan diharapkan perjumpaan sebegini dapat diteruskan bagi mengeratkan ukhuwah dan membincangkan masalah-masalah yang dihadapi.

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah

Disediakan Oleh,


(NUR HASYIMAH BINTI ABDUL FATTAH)
Unit Pendidikan HEWI,
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah,
Sesi 2010/2011


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger