Hanya Allah Tempat Pengaduan Kami

Mansurah , 30/12/2010 : Satu Munajat Perdana (bagi ikhwah) telah diadakan bertempat di Dewan Persada Jazirah Al Ward. Munajat Perdana dimulakan pada pukul 6.00 petang dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil diketuai oleh Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPM Mansurah, Saudara Muhammad Aliffudin B Ramlee.

Selepas bacaan yasin , majlis diteruskan dengan tazkirah yang disampai oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Yassir B Mohd Razi. Antara intipati yang ditekankan oleh beliau ialah kita tidak akan tunduk dengan kezaliman dan kemungkaran.

Munajat Perdana diteruskan dengan isu yang berlaku terhadap cubaan untuk penyingkiran Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan diatur pertubuhan baru yang bermotifkan kepentingan politik dan fitnah yang dilemparkan terhadap PMRAM . Al Fadhil Ustaz Mohd Adham B Hodari telah menjelaskan isu ini secara terperinci dan kata-kata semangat ditiupkan kepada hadirin.

Turut berucap dalam Munajat Perdana ialah Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah , Al Fadhil Ustaz Mohd Zahimie B Mohd Dzahid. Antara intipati ucapan beliau yang mengejutkan hadirin ialah beliau merupakan salah seorang AJKT Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan (BKANS) yang digantung organisasi BKANS ketika itu bersama seluruh saf kepimpinan BKANS. Beliau berasa bimbang jika sejarah BKKIMM akan berulang seperti BKANS.

Selepas solat Isyak tibalah acara kemuncak iaitu solat hajat . Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) , melalui Setiausaha Agungnya, Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan menggesa seluruh peringkat PMRAM Cawangan BKAN dan DPM untuk mendirikan solat hajat diseluruh cawangan masing-masing . Tujuan utama solat ialah :

1) Ikhlas kerana Allah Taala.
2) Untuk kejayaan di dalam peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
3) Mendoakan agar diselamatkan BKAN Melaka iaitu Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).
4) Mendoakan agar PMRAM dijauhkan dari sebarang fitnah-fitnah liar.


Majlis diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan. Menurut Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan , jika isu ini tidak berkesudahan maka Munajat Perdana kali kedua akan diadakan dalam masa terdekat sebagai sokongan padu kita terhadap BKKIMM .
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger