Mansurah, 29 Disember 2010 – Unit Dakwah dan Pembanguan Insan PMRAM cawangan Mansurah sesi 2010/2011 telah mengadakan Kolokium Ilmuan (Q) siri kedua yang bertempat di Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubus Jadid. Program Q siri Kedua ini dijalankan selama 3 hari berturut-turut, bermula 27 hingga 29 Disember 2010.
Seramai 22 orang telah menghadiri program Q yang berlangsung bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Program dirasmikan oleh Ustaz Mohd Aliffuddin bin Ramlee selaku pemangku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.
Hari pertama Kolokium Ilmuan (Q) siri kedua menampilkan saudara Mohd Redzuan bin Nazri, Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi Islam Pahang(BKMIP) bagi pembentangan kertas kerja "Amar ma'ruf nahi mungkar".
Bagi slot diskusi kitab Thaqafah Dae'iyyah karangan Doktor Yusof Al-Qardhawi pada hari kedua pula menampilkan saudara Mohd Mukhlis bin Hasin, Exco Unit Dakwah dan Tarbiyyah dari Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM). Hari terakhir pula menampilkan saudari Hurun ‘Ain Ahmad Tajuddin, isteri saudara Mohd Yasir bin Mohd Razi dari bumi Mansurah sendiri sebagai pendiskusi kitab Ukhwah Islamiyyah karangan Abdullah Nasih Ulwan. Antara Gerak Kerja Berkumpulan yang sangat menguji kemahiran dan menarik peserta ialah kita da’ie, sharp shooter, dan keep the doctor away.
Kolokium Ilmuan kali ini juga turut dihadiri oleh saudari Nurul Huda binti Aziz@Salim isteri mantan Pengerusi Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) Saudara Muhammad Ikram bin Ishak yang telah memberi komitmen yang sangat baik dalam semua slot yang berjalan sepanjang program berlangsung selama tiga hari.
Anugerah Peserta terbaik menjadi milik Ummu Anith Athiah binti Zulkifli manakala Anugerah Kumpulan Terbaik pula menjadi milik Kumpulan Satu yang diketua oleh Siti Aisyah Fattanah Binti Yaakub. Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Saudari Noor Zailin binti Maat selaku Naib Pengerusi 1 HEWI Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.
Program Q siri kedua berakhir tepat jam 11.15 pagi dan majlis perasmian penutup pula disempurnakan oleh saudara Mohd Zahimie bin Mohd Dzahid, Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.Beliau menyampaikan beberapa amanat emas untuk dijadikan pegangan hidup selepas Al-Quran dan As-Sunnah agar Mahasiswi yang hadir dapat memantapkan ukhuwah dan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar berbekalkan thaqafah seorang pendakwah.
"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"
Disediakan oleh,
Nurul Izzah Muda,
Setiausaha,
Kolokium Ilmuan (Q) siri II.