Kolokium Ilmuan siri 3 & 4

Mansurah – Unit Dakwah dan Pembangunan Insan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2010/2011 telah menganjurkan Kolokium Ilmuan (Q) siri 3 & 4 yang bertempat di Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubus Jadid. Program ini telah dijalankan selama 2 hari, bermula 28 Mei 2011 dan berakhir pada 29 Mei 2011 pada jam 10.30 pagi.

Program yang dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Aliffudin bin Ramlee, selaku Ketua unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPM Mansurah sesi 2010/2011 ini telah dihadiri oleh 18 orang mahasiswi Qiraat tahun satu dan seorang wakil perubatan.

Bertemakan “Menuju Mahasiswa Yang Berintegriti”, program dihangatkan dengan penampilan menarik Ustaz Abdul Kadir bin Omar, mantan Pengerusi DPMM dalam slot diskusi kitab ‘Hatta Ya'lama Asy-Syabab’. Seterusnya, Ustaz Mohd Shahrizan bin Hazime, mantan Presiden PMRAM membentangkan kertas kerja ‘Memahami konsep amal Islami’. Ustaz Syeikh Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden 3 PMRAM, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, membentangkan kertas kerja ‘Jahilyyah zaman moden’, dan Ustaz Muhamad Mujahid bin Mohd Fadzil, membentangkan ‘Kenali musuh-musuh Islam’. Dengan adanya pengisian berperingkat yang telah digariskan oleh PMRAM, bermula daripada Q pertama sehingga kali ini telah membuka pemikiran peserta akan kepentingan melibatkan diri dalam gerak kerja Islam.
Majlis diakhiri dengan Anugerah Peserta Terbaik yang menjadi milik Nur Masitah binti Samsuddin manakala Anugerah Kumpulan Terbaik pula menjadi milik kumpulan tiga yang diketuai oleh Aida binti Musa. Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ustazah Noor Zailin binti Maat selaku Naib Pengerusi 1 HEWI Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2010/2011.
Diharapkan dengan berakhirnya Kolokium Ilmuan siri 3 dan 4 ini, para peserta lebih memahami peranan sebagai seorang mahasiswa Islam dalam mendepani cabaran semasa.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

Disediakan oleh,


Nurul Izzah Muda,
Setiausaha,
Kolokium Ilmuan (Q) siri III & IV
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger