Tahniah Buat Seluruh Mahasiswi Qiraat Tahun Satu dan Dua


Barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM 2011 mengucapkan tahniah buat seluruh Mahasiswi Qiraat tahun satu dan dua atas kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini. Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan kepada semua mahasiswi di Mesir khususnya Mahasiswi Qiraat sendiri apabila keputusan bagi semua mahasiswi Qiraat tahun satu dan dua lulus keseluruhannya dan tiada yang gagal.

Kejayaan Mahasiswi Qiraaat ini perlu dijadikan contoh kepada semua mahasiswi dalam menggapai kecemerlangan. Jadikan ia semangat untuk kita terus berjuang dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh seperti kata-kata Hukama’"من طلب شيئا و جد, وجد" yang bermaksud “Barang siapa yang mencari sesuatu dan bersungguh-sungguh, nescaya akan dapat apa yang dicarinya”.

Barisan kepimpinan HEWI PMRAM juga berkongsi hasil kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa mahasiswi al-Azhar mampu menandingi mahasiswi lain dengan memperolehi kejayaan yang cemerlang pada tahun ini. Semoga kejayaan ini dapat dipertahankan dan dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Siiru ala barakatillah…..

Shazazierra binti Sharif
Ketua Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
Hal Ehwal Wanita Islam
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger