Dasawarsa Pertama : Agenda Kebajikan Dalam Menyatukan Anak Melayu

Penubuhan PPS sekitar tahun 1930 bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng bahkan ianya merupakan langkah pertama anak Melayu dalam misi menyatukan anak-anak Melayu di Mesir untuk memastikan kebajikan mereka terjaga.

Kewujudan PPS pada ketika itu lebih kepada menumpukan kebajikan anak Melayu memandangkan situasi arus pertumbuhan ekonomi Mesir dan atmosfera politik Mesir belum kukuh sepenuhnya .
Siri pergolakan yang berlaku di Mesir di ketika menambahkan lagi semangat anak Melayu dalam menubuhkan PPS tidak lain dan tidak bukan bagi memberikan kebajikan sedaya mampu untuk anak Melayu di Mesir.
Bukan sekadar itu ,terbitnya keazaman anak Melayu yang juga ditiupkan semangat bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu biarpun jauh daripada tanahair sendiri.
Antaranya Al-Sayyid MOhammad Rasyid Al-Redha yang telah pulang ke tanahair lalu membawa satu semangat baru untuk anak Melayu agar berani mempertahankan hak dan menuntut kemerdekaan melalui penulisannya di Majalah Al-Iman tahun 1906 dan Neraca 1926 .
Perintis terbinanya legasi PPS pada ketika itu membuktikan hubungan rasmi yang pertama yang telah disepakati antara anak Melayu dan Kerajaan Mesir dengan berperanan sebagai wakil Tanah Melayu di perlembahan Nil ini.
Atas keprihatinan PPS dalam merealisasikan agenda kebajikan sebuah lajnah telah diwujudkan dengan berperanan menyelenggara dalam pengurusan pembinaan asrama untuk penempatan anak Melayu dan melancarkan pungutan derma bagi jemaah Haji Tanah Melayu yang dikenali dengan Panitia Rumah Melayu.
Hasil daripada usaha tersebut, liputan meluas melalui akhbar-akhbar kebangsaan mendapat sokongan yang begitu memberangsangkan.

Disediakan oleh :
Urus Setia Penerangan Umum [ UPU ]
Badan Penerangan & Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger