Penulisan Medium Aplikasi Dakwah Masa Kini


KAHERAH, 31 Jan - Medan dakwah dalam kehidupan masyarakat kini mampu diaplikasikan dalam pelbagai bentuk medium penyampaiannya.


Perkembangan ini menunjukkan bahawa masyarakat semakin bijak dalam memanfaatkan segala kemudahan yang ada.Antara medium yang terbaik adalah bidang penulisan sehingga kemunculan pelbagai penulis-penulis muda yang sering meghiasi dunia penulisan.


Tanpa
mengira latar belakang yang pelbagai penulisan mereka mampu diterima oleh masyarakat dewasa kini.

Kedatangam
wakil PTS Media Group digunakan dengan sebaik yang mungkin dengan menganjurkan " Seminar Penulis Azhari" dibawah kelolaan Kem Latihan Penulis (KELAP PMRAM) Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2011.

Sambutan
yang begitu menggalakkan daripada ahli PMRAM Cawangan sehingga pendaftran yang diterima begitu memberangsangkan .

Seminar yang diadakan di Dewan Darul Iman, Rumah Terengganu membuktikan golongan Azhari juga perlu mewarnai dunia penulisan tempatan dalam pelbagai genre.

Pengisian
yang diberikan oleh Saudara Imran Azmi mewakili PTS Islamika dan Saudara Faris Hasbullah mewakili PTS Darul Furqan begitu menarik peserta untuk mengetahui kepentingan penulisan dikalangan Azhari.

" PMRAM sentiasa menyediakan pelbagai medium lapangan yang terbaik kepada ahli PMRAM mengaplikasikan segala keperluan semasa bagi melebar luaskan dakwah Islam dikalangan masyarakat kelak" ujar Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku Ketua Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2011.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger